Vitamin Penting Dalam Penurunan Berat Badan

Hai, semua.
Dah makan ke belum atau anda sedang berdiet.

Haa, macam mana diet anda tu, berlapar? Bersenam? Atau buat detoks eat clean?


Sebenarnya bukanlah nak bercerita pasal diet ke apa semua ni. Tapi nak bagi anda tau ada beberapa vitamin yang penting semasa anda dalam proses penurunan berat badan.

Tahu tak, walaupun kita berdiet tapi tubuh sangat perlukan vitamin dan mineral. Tubuh kita memerlukan keseimbangan mineral dan zat bagi membolehkan kita kekal, cerdas cergas dan sihat walaupun sedang berdiet. Seperti saya katakan tadi, dalam kita mendapatkan makanan yang seimbang, pengambilan vitamin yang betul juga dapat membantu diet yang sihat.


Vitamin Penting Dalam Penurunan Berat Badan

1.  Vitamin B6

Vitamin B6 memainkan peranan
penting dalam metabolisme lemak dan juga mengawal tiroid. Tiroid diketahui sebagai salah satu punca kenaikan berat badan. Penyerapan Vitamin B6 dalam diet membantu mempercepatkan proses metabolisme iaitu pembakaran lemak dan kalori yang lebih banyak. Sumber vitamin B dalam makanan semulajadi terdapat pada gandum, buah kering, pisang, alpukat dan juga ayam.


2. Biotin

Biotin juga dikenali sebagai vitamin H yang terdapat dalam B komplek. Ia turut mempunyai pengaruh dalam penurunan berat badan. Tugas Biotin adalah memastikan fungsi enzim yang tepat dan juga dapat menyeimbangkan kadar gula dalam darah. Selain ia dapat mencegah kekurangan dan kelebihan tenaga, biotin juga dapat mengurangkan keinginan untuk makan makanan manis. Sumber biotin semulajadi yang baik adalah telur yang merupakan sumber choline terbaik untuk menurunkan berat badan selain kekacang dan lobak. Choline umumnya tidak dianggap vitamin tetapi menjadi satu mikronutrien penting.

3. Vitamin D

Vitamin ini memiliki manfaat kesihatan yang banyak. Penelitian menunjukkan orang yang memiliki kadar vitamin D yang tinggi lebih mampu menurunkan berat badan berbanding mereka yang kurang vitamin D. Kalsium yang mengandungi Vitamin D membantu penurunan berat badan. Sumber vitamin D yang baik adalah minyak hati ikan kod, ikan salmon, ikan mackarel, telur,dan keju. 

Terdapat hubungan antara pengambilan kalsium dengan penurunan berat badan. Adalah dipercayai bahawa kalsium dalam diet boleh bercantum dengan lemak dalam sistem pencernaan, menghalang proses penyerapan dan akhirnya merendahkan kalori yang masuk ke dalam tubuh badan.

4. Vitamin C

Vitamin C mempunyai peranan penting dalam melawan radikal bebas, meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan menghilangkan kelelahan. Vitamin C juga membantu tubuh menukarkan glukosa menjadi tenaga dan bukan disimpan sebagai lemak. Pengambilan vitamin c dari buah-buahan sitrus, sayuran hijau, brokoli, minyak gandum, buah beri dapat meningkatkan penyerapan Vitamin D. 


VITAMIN SHAKLEE

vitamin bantu penurunan berat badan


B-Complex

Bcomplex penting kerana ia menukarkan makanan kepada tenaga sekaligus meningkatkan metabolisme badan. Sesetengah pihak berpendapat, pengambilan bcomplex meningkatkan selera makan seseorang. Tahukah anda kenapa ia berlaku?

Ini kerana makanan yang diambil tadi telah ditukarkan kepada tenaga dengan lebih cepat selepas pengambilan bcomplex. Seharusnya, pengambilan air kosong adalah lebih penting apabila anda mendapat signal lapar. Perbanyakkan pengambilan makanan berkhasiat dan berfiber contohnya oat, wholemeal, dan buah-buahan.

Bcompleks shaklee mengandungi 8 komponen di dalam vitamin B. Ia mengandungi 100% biotin dan asid folik. 


Pemilihan B-complex yang bagus perlu memenuhi ciri-ciri berikut:

  • Mengandungi kesemua 8 vitamin (B1,B2, B3, B5, B6, B12, Biotin dan Folate) seperti yang dinyatakan di dalam RDA
  • Mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  • Jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar.
  • Elakkan pengambilan Bcomplex yang menawarkan rumusan larut air (Sustain Release)

Vitamin C 

Mengamalkan pengambilan vitamin C yang mencukupi setiap hari membantu untuk mengoksidakan lemak sebanyak 30% lebih biasa ketika melakukan senaman. Oleh itu, pengambilan vitamin c pada waktu pagi sebelum anda aktif boleh meningkatkan pembakaran lemak. Tidak hanya dengan senaman berat, anda hanya perlu pastikan anda mengambil vitamin c pada waktu pagi dan kekal aktif bagi menjamin pembakaran lemak.

Hasil carian imej untuk jadual vitamin c shaklee

Carnitine adalah bahan yang dihasilkan di dalam hati dan buah pinggang dan disimpan dalam otot , jantung, otak dan sperma , menurut Pusat Perubatan Universiti Maryland . Ianya penting untuk menukarkan lemak kepada tenaga dan bahan ini diaktifkan dengan kehadiran vitamin C. Ini merupakan satu lagi sebab untuk mengambil vitamin C pada waktu pagi. Dengan pengambilan vitamin C pada waktu pagi ianya dapat membantu memulakan proses pembakaran lemak dengan lebih awal. Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Negeri Arizona, pengambilan vitamin C yang mencukupi setiap hari adalah sangat penting untuk mengurangkan lilitan pinggang dan Indeks Jisim Badan , atau BMI .

Vitamin C Shaklee dilengkapi dengan teknologi Sustained release yang mana fungsinya untuk melepaskan vitamin C secara berperingkat. Ini membolehkan badan menerima vitamin C selama 5 jam berturut-turut. 1 biji vitamin C shaklee bersamaan dengan 7.5 biji oren. Ia juga didatangkan bersama dengan bioflavanoid yang merupakan bahan penting untuk penyerapan Vitamin C.


Ostematrix

Tubuh badan memerlukan nutrisi untuk berfungsi secara normal,justeru diet secara rambang boleh menjejaskan kesihatan – malah berat anda amat susah untuk berkurang jika anda mempunyai tahap metabolisme yang rendah.

Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar.

Kalsium akan mengikat lemak dalam usus dan menghalang badan kita dari menyerapnya. Kalsium juga terlibat dalam mengelakkan penghasilan  hormon yang menyebabkan  lemak terbentuk dalam badan. 


Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.

Hasil carian imej untuk ostematrix
Ostematrix Shaklee lengkap dengan unsur Kalsium, Magnesium, dan Vitamin D. Vitamin D dalamnya penting utk memastikan penyerapan kalsium dalam darah dengan lebih efektif. Makan 4biji sebelum tidur, esoknya bangun pagi cergas ceria, membuang memang mudah. Alhamdulillah.

Hasil carian imej untuk ostematrix

Tahukah anda Shaklee OsteMatrix membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium


BERMINAT?

INGIN MENDAPAT VITAMIN SHAKLEE?
INGIN DAFTAR MEMBERSHIP?

BOLEH HUBUNGI SEPERTI DI BAWAH

👇👇👇👇




Untuk Order dan Konsultasi :

Yuzaine Samilan 

019.977.8121 
SID: 865477 
ig: @beautifulsyrup 
fb: Yuzaine Samilan
fbpage: Rahsia Keluarga Sihat






Popular posts from this blog

Khasiat Vitamin C Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Betulke Supplement Shaklee Berbeza dengan Supplement Lain di pasaran

Makanan Terbaik Untuk Jantung Yang Sihat