Tips Kesihatan Semasa Hamil

Nak anak sihat, Ibu pun kena sihat semasa hamil. Selain pengambilan supplemen, banyak lagi faktor pemakanan dan persekitara yang perlu diambil kira oleh ibu hami.

Di sini saya kongsikan beberapa tips kesihatan semasa hamil yang perlu dititikberatkan oleh ibu hamil bersama-sama dengan suami.



supplemen shaklee semasa hamil


1. Rancangkan rawatan antenatal anda dari awal


Pilih doktor anda. Ini penting supaya anda dapat membina hubungan yang baik semasa persediaan menyambut kelahiran.
Walaupun anda memilih untuk bersalin di hospital kerajaan umpanya, anda masih boleh membina persefahaman dengan jururawat, bidan atau pakar obstetrik sepanjang lawatan pemeriksaan anda. 


2. Makan dengan baik


Ubah pemikiran makan untuk dua orang apabila anda hamil. Tidak perlu ambil susu penuh krim mahupun susu yang dilabelkan sebagai susu untuk ibu. Keperluan tenaga seorang ibu yang baru hamil tidak berubah sehingga tempoh 6 bulan kehamilan. Ia hanya akan meningkat pada 3 bulan terakhir sebanyak 200 kalori setiap hari.

Amalkan diet yang seimbang. Walaupun anda kehilangan selera makan, tetapi ia boleh digantikan dengan makanan yang mempunyai nilai nutrisi yang sama.

👉 Diet mesti merangkumi buah-buahan dan sayur-sayuran.
👉 Makan makanan berasaskan karbohidrat seperti roti dan pasta ataupun bijirin.
👉 Ambil protein seperti ikan, daging, telur, dan tenusu setiap hari.
👉 Jangan abaikan sarapan pagi.
👉 Kawal pengambilan makanan di waktu malam.



3. Berhati-hati tentang kebersihan makanan


Elakkan makanan tertentu semasa kehamilan.



Memakan daging ayam yang tidak dimasak sempurna dan telur mentah atau separa masak akan menyebabkan jangkitan salmonella.

Keju lapuk matang dan lembut seperti Brie dan Camembert dan keju berurat biru seperti Stilton boleh menyebabkan Listeria iaitu keguguran atau penyakit teruk bagi bayi yang baru lahir.

Seeloknya hindarkan mengendalikan pasir kumbahan kucing dan tanaman, elakkan memakan daging mentah, dan cuci sayuran dengan betul bagi mengelakkan toxoplasmosis yang boleh menjejaskan bayi dalam kandungan secara serius.



4. Ambil asid folik


Pengambilan asid folik dapat mencegah spina bifida dan kecacatan tiub neural bayi. Wanita yang merancang hamil dinasihatkan mengambil 400mcg folik acid dari masa pembenihan dah sepanjang 3 bulan pertama kehamilan.



Minyak ikan yang mengandungi Omega-3 mempunyai kesan yang baik terhadap praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak dan saraf bayi diperingkat akhir kehamilan.

Ikan berminyak mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3. Jika anda tidak suka ikan,  supplemen minyak ikan Shaklee boleh diamalkan.

5. Bersenam selalu

Senaman dapat memberi anda kekuatan dan ketahanan fizikal untuk anda menampung berat badan yang bertambah semasa mengandung. Ia juga dapat menangani tekanan fizikal kelahiran. Ini dapat memudahkan anda untuk kembali kepada bentuk badan asal selepas anda melahirkan.

Senaman juga dapat mengelakkan anda dari kemurungan. Ia mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina yang membantu anda mengawal emosi dan perasaan anda.



6. Mula lakukan senaman lantai pelvis


Senaman lantai pelvis dapat mengelakkan anda mengalami tekanan inkontinens iaitu air kencing bocor akibat aktiviti tertentu seperti bersin, batuk dan ketawa semasa mengandung. 



7. Hadkan pengambilan alkohol

Hadkan pengambilan alkohol kepada satu atau dua unit alkohol seminggu. Menghindari alkohol terus semasa hamil adalah lebih baik. Wanita yang minum secara kerap semasa hamil berisiko tinggi melahirkan bayi dengan gangguan spektrum alkohol janin (FASD). Ia akan menyebabkan pelbagai masalah dari segi pembelajaran dan juga jecacatan kelahiran yang serius.



8. Kurangkan pengambilan kafein

Pengambilan kafein terlalu banyak semasa hamil meningkatkan risiko keguguran atau bayi yang mempunyai berat badan rendah.

Adalah lebih baik mengurangkan pengambilan kafein atau boleh memilih kepada kopi tanpa kaffein, teh, jus buah-buahan terutama semasa trimester pertama.


9. Berhenti merokok

Merokok meningkatkan risiko keguguran, bersalin pramatang dan kelahiran mati.
Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan risiko melahirkan anak sumbing bibir atau lelangit.


10. Lebihkan berehat

Jangan terlalu aktif. Tidur di tengahari memberi manfaat kepada ibu dan bayi. 
Jika anda tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya letakkan kaki ke atas dan berehatlah secara apapun yang sesuai dengan keperluan anda selama 30 minit atau lebih,.

Jika sakit belakang mengganggu tidur anda, cuba urutan (beritahu ahli terapi yang anda hamil atau carilah bidan yang berpengalaman dalam membantu wanita hamil), kelas natal air, atau kelas senaman khusus untuk penjagaan belakang. Senaman dan aktiviti relaks juga boleh membantu dengan masalah tidur yang berkaitan dengan stres. Cuba teknik relaks, yang selamat semasa mengandung, termasuk regangan dan pernafasan dalam. Jangan lupa memberitahu pelatih yang mengendalikan kelas senaman dan relaks itu yang anda sedang hamil atau pilihlah kelas khusus untuk wanita hamil.

(sumber:babycenter.com)




Bertenaga dengan set kehamilan



Semoga dengan perkongsian ini akan membantu anda mendapat kehamilan yang sihat.


BERMINAT?

INGIN DAFTAR MEMBERSHIP?

BOLEH HUBUNGI SEPERTI DI BAWAH

👇👇👇👇




Untuk Order dan Konsultasi :

Yuzaine Samilan 

019.977.8121 
SID: 865477 
ig: @beautifulsyrup 
fb: Yuzaine Samilan
fbpage: Rahsia Keluarga Sihat

Popular posts from this blog

Khasiat Vitamin C Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Betulke Supplement Shaklee Berbeza dengan Supplement Lain di pasaran

Makanan Terbaik Untuk Jantung Yang Sihat