Gaya hidup Sihat : Senaman dan Pengambilan Nutrisi Yang Betul

Tahukah anda, untuk mendapat berat yang ideal, tubuh badan yang sihat; senaman dan pengambilan nutrisi yang betul adalah lebih baik dari hanya bergantung kepada senaman sahaja. Ia dapat meningkatkan jisim otot yang mana merupakan salah satu komponen metabolisme yang boleh diubah suai.




Jisim otot merupakan salah satu interest kepada saintis kerana dengan peningkatan jisim ini ia menjadi salah satu alat yang berkesan untuk melawan obesiti. Kajian dibuat bagi memahami hubungan antara nutrisi dan senaman dalam meningkatkatkan dan menyelenggara jisim badan tanpa lemak.



Journal of Exercise Physiology online Volume 14 Number 4 August 2011 menunujukkan bahawa individu yang membuat aktiviti fizikal  disamping pengambilan nutrisi mendapat kelebihan dalam peningkatan Jisim badan tanpa lemak berbanding mereka yang membuat senaman tanpa pengambilan nutrisi yang betul.

Melalui kajian ini, beberapa ahli yang terlibat diminta untuk mengamalkan aktiviti fizikal, bagaimanapun hanya segelintir sahaja yang dibekalkan dengan makanan tambahan seperti protein, kalsium dan vitamin D. Jisim badan tanpa lemak meningkat bagi mereka yang berada dalam kumpulan dibekalkan makanan tambahan berbanding mereka yang hanya bergantung kepada aktiviti fizikal.

Terdapat hubungan positif antara jisim otot, kekuatan dan kepadatan mineral tulang, dengan latihan yang disertakan dengan pengambilan makanan seperti protein dan karbohidrat yang dapat meningkatkan ketunpatan mineral tulang. Berdasarkan penyelidikan dan corak kepadatan mineral tulang yang diamati dalam kajian ini, ia juga menunjukkan kesesuaian bagi golongan dewasa dan veteran untuk melengkapkan program senaman dan latihan dengan protein, karbohidrat dengan kalsium dan Vitamin D dalam mempertingkatkan kesihatan. 


Program latihan dan pemakanan yang betul bagi mereka yang pada asalnya tidak aktif adalah seperti berikut  dengan mendapat kelulusan mereka yang pakar: 

1. Membuat senaman 12 senaman asas yang secara kumulatif dengan melibatkan kumpulan otot utama, 2 atau 3 hari seminggu.

2. melakukan kira-kira 25 minit aktiviti aerobik dengan menggunakan protokol latihan antara 2-3 minggu setiap hari.

3. Mengamalkan pengambilan snek protein/karbohidrat (eg: 24grams protein dan 36 gram karbohidrat ) selepas setiap sesi senaman.

4. Mengambil supplemen kalsium harian (500mg) dan supplemen vitamin D setiap hari (1200IU)



Berdasarkan kajian tersebut,adalah dicadangkan agar kombinasi senaman biasa (latihan kekuatan dan aerobik) dan nutrisi tambahan (selepas latihan seperti snek preotein/ karbohidrat, kalsium dan vitamin D) dilakukan secara menyeluruh dan produktif. Ia dapat meningkatkan kecergasan musculoskeletal dengan meningkatkan berat badan yang kurang lemak dan juga meningkatkan kepadatan mineral tulang , serta mengurangkan faktor risiko kardiovaskular (iaitu mengurangkan tekanan darah sistolik dan diastolik.) kepada orang dewasa dan orang tua.

Pendek kata, kajian ini menentukan bahawa latihan dan supplemen pemakanan mungkin lebih berkesan daripada senaman sahaja bagi meningkatkan berat badan tanpa lemak dan mengurangkan tekanan darah.


sumber dan bacaan lanjut : 
http://s10901.pcdn.co/wp-content/uploads/2014/05/JEPonline_August_2011_Westcott_Blum.pdf




BERMINAT?

INGIN DAFTAR MEMBERSHIP?

BOLEH HUBUNGI SEPERTI DI BAWAH

👇👇👇👇




Untuk Order dan Konsultasi :

Yuzaine Samilan 

019.977.8121 
SID: 865477 
ig: @beautifulsyrup 
fb: Yuzaine Samilan
fbpage: Rahsia Keluarga Sihat

Popular posts from this blog

Khasiat Vitamin C Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Betulke Supplement Shaklee Berbeza dengan Supplement Lain di pasaran

Makanan Terbaik Untuk Jantung Yang Sihat