7 Tips Untuk Mendapatkan Anak Perempuan

Melihat kepada pakaian bayi perempuan, kadangkala membuatkan kita teringin juga inginkan anak perempuan kan. Orang kata pelengkap keluarga. Macam saya sendiri dah ada 3 anak lelaki. Jadi berangan lah juga untuk anak seterusnya adalah perempuan. Susah nak menentukan bagaimana ingin menentukan jantina lelaki. Namun, ada 2 kaedah ilmiah yang agak popular dan dikatakan ia berhasil dalam menentukan jenis jantina bayi. 

2 Kaedah Untuk Mendapat Bayi Perempuan



1. Kaedah Whelan

Salah satu kaedah yang sering digunakan untuk menentukan jenis jantina bayi yang dicipta oleh Dr Whelan. Lebih kurang 57% pasangan berhasil dalam mendapatkan anak perempuan. Teori tersebut adalah berdasarkan waktu persetubuhan. Menurut teori Dr Whelan, pasangan haruslah bersama 2-3 hari sebelum ovulasi. Untuk mendapatkan bayi lelaki, ia menyarankan 4-6 hari sebelum ovulasi.

*tak berapa logik di sini, sebab wanita di datangi bulan 7-15 hari. so kalo cycle period adalah 28 hari, waktu subur wanita adalah hari ke 13. jadi bila tempoh haid adalah 11 hari, 4-6 hari untuk dapat anak lelaki tu macam tak logik kan. Jadi boleh lah abaikan teori ni 😜


2. Kaedah Shettles




Kaedah Shettles telah ada sejak tahun 60-an dan keberhasilannya dikatakan 75% tercapai bagi mereka yang inginkan anak perempuan. Dr Shettles yakin bahawa faktor paling penting dalam penentuan jantina adalah waktu bersama. Jenis jantina bayi ditentukan oleh kromosom yang membawa sperma. Sperma untuk bayi lelaki berenang lebih cepat tapi tidak hidup lama. Manakala sperma untuk bayi perempuan lebih tahan lama tapi berenang lebih lambat dari sperma lelaki.

Jadi untuk membolehkan anda mendapatkan anak perempuan berdasarkan kaedah Shettles;

👉Berhubungan seks 2-4 hari sebelum ovulasi. Jadi anda perlu kenali tanda-tanda ovulasi untuk menjangkakan bilakah waktu sebenar ovulasi anda.

👉Berhubungan seks setiap hari bermula dari tempoh tamat haid. Ia membantu mengekalkan kesuburan sperma X untuk sampai ke pada Ovum apabila ia dikeluarkan dari ovari. 

👉Elakkan persetubuhan pada waktu ovulasi atau selepas.

Berdasarkan kaedah Shettles, persetubuhan perlu dilakukan 2-4 hari sebelum ovulasi untuk mendapatkan anak perempuan. Hal ini bertujuan supaya apabila tiba waktu ovulasi, hanya sperma X (perempuan) yang akan membuahi ovum (Sel telur). Dr Shettles menyarankan untuk menghindarkan hubungan intim ketika keluar lendir jernis seperti telur kerana inilah tanda ovulasi. Bagaimanapun, menghindari persetubuhan sepanjang ovulasi juga boleh mengurangkan potensi untuk hamil.



7 Tips Untuk Mendapatkan Anak Perempuan

1. Berhubungan Seks Tanpa Orgasme

Menghindari Orgasme semasa bersetubuhan menjadi salah satu faktor membolehkan hamil anak perempuan. Orgasme wanita boleh membebaskan rembesan alkali yang dapat membantu sperma lelaki untuk bertahan lebih lama. Oleh itu, dengan mewujudkan persekitaran yang bertentangan dapat mengurangkan tempoh bertahan sperma lelaki seterusnya kurang peluang untuk sampai ke ovum. 


2. Posisi Missionary

Untuk hamil bayi lelaki, penembusan lebih dalam menjadi kuncinya tetapi ia adalah sebaliknya untuk hamil anak perempuan. Posisi Missionary dikatakan boleh meningkatkan kemungkinan hamil anak perempuan kerana ia menghadkan penembusan. Posisi ini membatasi jarak ke serviks saat sperma dikeluarkan. Sperma Y (lelaki) berenang sangat cepat dalam waktu yang singkat jadi dengan mencegah penembusan dalam, ia dapat mencegah sperma untuk sperma X sampai dan membuahi telur.

3. Tingkatkan keasidan Vagina

 Ramai yang menyarankan supaya wanita mengamalkan makanan masam di hari menjelang ovulasi agar dapat hamil anak perempuan. Sperma Y kurang bertahan dalam persekitaran berasid, dan makanan masam dapat mengubah pH vagina. Wanita juga perlu menghindari makanan beralkali seperti epal, almond, timun dan aprikot menjelang ovulasi. Makanlah makanan yang sihat dan asid folic yang cukup untuk mengelakkan kecacatan spina bifida. Haa, boleh amalkan B-Complex Shaklee untuk mendapatkan acid folic yang semulajadi.

4. Banyakkan Persetubuhan

Untuk mendapatkan anak perempuan, adalah digalakkan untuk bersetubuh sekerap yang mungkin. Ini akan mengurangkan jumlah sperma lelaki yang mana bermaksud dapat mengurangkan sperma lelaki yang berlumba untuk persenyawaan.

5. Banyak Makan Sayuran
tips untuk dapatkan anak perempuan

Makan lebih banyak buah dan sayur juga dapat meningkatkan kemungkina hamil bayi perempuan. Beberapa orang percaya bahawa pola pemakanan vegetarian dapat membantu untuk hamil anak perempuan terutama sayuran seperti bayam, kekacang dan brokoli. Makanan yang tinggi kalsium dan magnesium seperti sayuran hijau, buah, dan beras juga sangat baik dalam usaha mendapatkan anak perempuan.

Secara teori, tahap mineral dalam darah dapat mempengaruhi sel telur yang belum dibuahi, ini menjadikannya lebih mudah untuk menerima kromosom X atau Y. Penyelidik menemukan kira-kiran 80% pasangan dalam kajian ini hamil bayi perempuan selepas memakan makanan kaya kalsium dan magnesium dalam minggu sebelum mengandung. Menu makanan termasuk buah-buhan, keju, sayuran hijau dan nasi. Mereka juga dibekalkan supplemen dan diukur tahap kalsium dan magnesium dalam darah. Di samping itu wanita yang mengambil bahagian dalam kajian ini mengelakkan makanan tinggi kalium dan natrium seperti pisang dan kentang, kerana makanan ini lebih cenderung kepada bayi lelaki.

6. Kurangkan Garam

Pola makanan rendah garam selain lebih sihat juga meningkatkan kemungkinan hamil bayi perempuan. Cuba kurangkan daging yang telah diperap masin, keju dan makanan yang diproses ketika berusaha hamil. Anda juga boleh mengurangkan jumlah garam yang digunakan ketika masak.

7. Konsumsi vitamin Dan Supplemen Khusus.

Selain pola makanan, supplemen juga dapat membantu mengubah tahap keasidan vagina. Semakin banyak mineral seperti kalsium, magnesium dan potasium  yang ada di tubuh, semakin besar kemungkinan untuk mendapatkan bayi perempuan.


Tips untuk hamil anak perempuan


BERMINAT?

INGIN DAFTAR MEMBERSHIP?

BOLEH HUBUNGI SEPERTI DI BAWAH

👇👇👇👇




Untuk Order dan Konsultasi :

Yuzaine Samilan 

019.977.8121 
SID: 865477 
ig: @beautifulsyrup 
fb: Yuzaine Samilan
fbpage: Rahsia Keluarga Sihat

Popular posts from this blog

Khasiat Vitamin C Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Betulke Supplement Shaklee Berbeza dengan Supplement Lain di pasaran

Makanan Terbaik Untuk Jantung Yang Sihat