7 Sebab Kenapa Lelaki Kepala Botak

Selain memiliki perut yang buncit, masalah rambut juga merupakan masalah yang biasa dialami oleh kaum lelaki.

Rambut akan menjadi semakin halus dan penek. Puncak kepala semakin menipis. Kebanyakan lelaki secara genetik terdedah kepada corak kebotakan rambut yang membentuk M, O, A atau O+M. Ia disebabkan oleh kesan hormon pada folikel rambut yang menyebabkan corak ini terbentuk.

Walaupun banyak rawatan sedia ada, tetapi tidak semua menampakkan kesan 100 pertumbuhan rambut baru. Selain corak kebotakan, ada lagi beberapa punca yang menjadikan lelaki berkepala botak.



7 Sebab Kenapa Lelaki Kepala Botak



1. Tekanan

Tekanan fizikal atau psikologi yang teruk boleh memberi kesan pelik pada badan manusia. Tekanan yang kuat biasanya membuatkan badan berada dalam keadaan terkejut. ini boleh membawa kepada telogen effluvium yang membawa kepada keguguran rambut.

2. Trichotillomania
Ia merupakan nama yang diberikan kepada kegiatan mencabut atau menarik rambut dari bahagian kepala atau badan yang lain. Masih belum jelas sama ada Trichotillomania boleh dikategorikan sebagai satu tabiat atau gangguan obsesif kompulsig tetapi hasil akhirnya adalah sama. Jika dibiarkan, banyak kawasan akan botak akibat tabiat buruk ini kerana akan menyebabkan parut pada kulit kepala yang membawa kepada kehilangan rambut.

3. Ikat Rambut Terlalu Ketat

Lelaki yang gemar mengikat rambut terlalu ketat boleh membawa kepada keguguran rambut. Ia menyebabkan tarikan alopecia yang menyebabkan kehilangan rambut secara perlahan-lahan akibat diikat terlalu ketat.

4. Hipotirodisme

 Tiroid adalah kelenjar kecil yang terletak di hadapan leher di bawah kotak suara. Ia memainkan peranan penting dalam mengawal metabolisme badan melalui pelbagai pengeluaran hormon.

Hipotirodisme adalah kekurangan pengeluaran hormon tertentu yang menjadi punca kepada kehilangan rambut di sesetengah kawasan badan yang dikenali sebagai alopecia areata. Ia berlaku disebabkan kecacatan semasa, penyakit autoimun atau pembedahan yang melibatkan pembuangan tiroid.

5. Penyakit Auto Imun

Mereka yang mempunyai diabetis atau artritis berkemunkinan menghidapi penyakit autoimun. Penyakit ini timbul apabila sistem badan sendiri tersilap menyerang tisu badan yang sihat. Apabila sistem imun badan menyerang folikel rambut atau sel-seltisu yang mengawal pertumbuhan dan penyelenggaraan rambut, ia boleh menyebabkan kehilangan rambut pelbagai jenis termasuk cicatrical alopecia, iaitu satu bentuk keguguran rambut yang berkekalan dan telogen.

6. Jangkitan Kuman

Jangkitan paling biasa memberi kesan kepada kulit kepala dan rambut adalah kurap yang disebabkan oleh kulat.

Tinea captis adalah disebabkan kulat yang dipanggil  dermatophytes yang hidup yang hidup dalam keadaan panas dan lembap. Ia biasanya muncul di tempat kotor. Jika anda suka memakai topi atau menutup kepala anda, pastikan rambut dicuci dengan kering dan jangan biarkan lembap kerana kulat atau kuman boleh menyebabkan keguguran rambut.

7. Kemoterapi

Sel-sel kanser biasanya akan membahagi dengan cepat daripada sel-sel sihat dalam badan. Kemoterapi bergitu berkesan dalam menghentikan sel kanser yang berkembang dengan pesat. Malangnya terdapat sel-sel lain dalam badan yang turut berkembang 


Makanan SEIMBANG Elak Botak

Untuk mengelakkan botak, adalah disarankan anda untuk mengamalkan pemakanan seimbang. Hampir 90% komponen rambut adalah protein khususnya asid amino. Anda juga perlu mendapatkan mineral yang cukup terutama zat besi, zinc, kalsium, magnesium dan kromium harian yang secukupnya.

Rambut juga memerlukan vitamin A, B complex, C dan D untuk kekal sihat. Penjagaan dan kebersihan kulit kepala perlu diberi perhatian selepas seseorang mencecah usia akil baligh kerana kilang minyak yang terdapat pada setiap folikel rambut mula aktif. Oleh itu, golongan lelaki perlu membasuh rambut sekurang-kurangnya dua kali sehari. 

Pilih gaya rambut yang mudah dijaga dan cepat kering. Kendalikan rambut dengan lembut dan gunakan sikat yang sesuai untuk menguruskan rambut. Elakkan menggunakan terlalu banyak produk dandanan rambut dan penting untuk anda melindungi kepala daripada sinaran UV. 





SUPPLEMEN UNTUK RAMBUT

Dalam Shaklee ada 4 vitamin yang sesuai diambil untuk masalah kebotakan atau keguguran.

1. B-Complex

Inositol dalam vitamin B berfungsi untuk membantu pertumbuhan rambut. Vitamin B12 pula membantu menghalang keguguran rambut. B-complex sangat baik untuk mengurangkan tekanan. tekanan menjadi salah satu punca kepada keguguran rambut. Oleh itu pengambil B-Complex ini secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan yang menjadi punca keguguran rambut.

2. ESP
90% komponen rambut adalah protein khususnya asid amino. ESP mengandungi 9 jenis asid amino perlu dan tidak perlu. Ia juga kaya dengan isoflavones iaitu hormon yang diperlukan untuk mencegah rambut gugur. Oleh itu ia sesuai dalam usaha untuk mengurangkan keguguran rambut. 


3. Vitalea
Pengambilan mineral yang cukup sangat bagus untuk mendapatkan rambut yang sihat. Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dan mudah diserap oleh badan. Ia membantu kesihatan kulit kepala sekaligus membantu mencegah masalah rambut gugur.

4. Zinc Complex
ZInc berperanan mengawal hormon dalam badan, dan membantu penyelenggaraan kelenjar minyak yang dirembeskan oleh kulity kepala.



BERMINAT?

INGIN DAFTAR MEMBERSHIP?

BOLEH HUBUNGI SEPERTI DI BAWAH

👇👇👇👇




Untuk Order dan Konsultasi :

Yuzaine Samilan 

019.977.8121 
SID: 865477 
ig: @beautifulsyrup 
fb: Yuzaine Samilan
fbpage: Rahsia Keluarga Sihat



Popular posts from this blog

Khasiat Vitamin C Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Betulke Supplement Shaklee Berbeza dengan Supplement Lain di pasaran

Makanan Terbaik Untuk Jantung Yang Sihat