Posts

Showing posts from August, 2018

7 Sebab Kenapa Lelaki Kepala Botak

Image
Selain memiliki perut yang buncit, masalah rambut juga merupakan masalah yang biasa dialami oleh kaum lelaki.

Rambut akan menjadi semakin halus dan penek. Puncak kepala semakin menipis. Kebanyakan lelaki secara genetik terdedah kepada corak kebotakan rambut yang membentuk M, O, A atau O+M. Ia disebabkan oleh kesan hormon pada folikel rambut yang menyebabkan corak ini terbentuk.

Walaupun banyak rawatan sedia ada, tetapi tidak semua menampakkan kesan 100 pertumbuhan rambut baru. Selain corak kebotakan, ada lagi beberapa punca yang menjadikan lelaki berkepala botak.


7 Sebab Kenapa Lelaki Kepala Botak

1. Tekanan
Tekanan fizikal atau psikologi yang teruk boleh memberi kesan pelik pada badan manusia. Tekanan yang kuat biasanya membuatkan badan berada dalam keadaan terkejut. ini boleh membawa kepada telogen effluvium yang membawa kepada keguguran rambut.
2. Trichotillomania Ia merupakan nama yang diberikan kepada kegiatan mencabut atau menarik rambut dari bahagian kepala atau badan yang lain. Masi…

7 Tips Untuk Mendapatkan Anak Perempuan

Image
Melihat kepada pakaian bayi perempuan, kadangkala membuatkan kita teringin juga inginkan anak perempuan kan. Orang kata pelengkap keluarga. Macam saya sendiri dah ada 3 anak lelaki. Jadi berangan lah juga untuk anak seterusnya adalah perempuan. Susah nak menentukan bagaimana ingin menentukan jantina lelaki. Namun, ada 2 kaedah ilmiah yang agak popular dan dikatakan ia berhasil dalam menentukan jenis jantina bayi. 

2 Kaedah Untuk Mendapat Bayi Perempuan



1. Kaedah Whelan

Salah satu kaedah yang sering digunakan untuk menentukan jenis jantina bayi yang dicipta oleh Dr Whelan. Lebih kurang 57% pasangan berhasil dalam mendapatkan anak perempuan. Teori tersebut adalah berdasarkan waktu persetubuhan. Menurut teori Dr Whelan, pasangan haruslah bersama 2-3 hari sebelum ovulasi. Untuk mendapatkan bayi lelaki, ia menyarankan 4-6 hari sebelum ovulasi.

*tak berapa logik di sini, sebab wanita di datangi bulan 7-15 hari. so kalo cycle period adalah 28 hari, waktu subur wanita adalah hari ke 13. jadi bila…

Gaya hidup Sihat : Senaman dan Pengambilan Nutrisi Yang Betul

Image
Tahukah anda, untuk mendapat berat yang ideal, tubuh badan yang sihat; senaman dan pengambilan nutrisi yang betul adalah lebih baik dari hanya bergantung kepada senaman sahaja. Ia dapat meningkatkan jisim otot yang mana merupakan salah satu komponen metabolisme yang boleh diubah suai.




Jisim otot merupakan salah satu interest kepada saintis kerana dengan peningkatan jisim ini ia menjadi salah satu alat yang berkesan untuk melawan obesiti. Kajian dibuat bagi memahami hubungan antara nutrisi dan senaman dalam meningkatkatkan dan menyelenggara jisim badan tanpa lemak.



Journal of Exercise Physiology online Volume 14 Number 4 August 2011 menunujukkan bahawa individu yang membuat aktiviti fizikal  disamping pengambilan nutrisi mendapat kelebihan dalam peningkatan Jisim badan tanpa lemak berbanding mereka yang membuat senaman tanpa pengambilan nutrisi yang betul.

Melalui kajian ini, beberapa ahli yang terlibat diminta untuk mengamalkan aktiviti fizikal, bagaimanapun hanya segelintir sahaja yang …

Kenali Shaklee Untuk Hidup Yang Lebih Sihat

Image
Sebelum kita membuat pilihan jenama makanan tambahan apakah yang perlu kita ambil untuk menambah tahap kehidupan seharian (selain dari pengambilan makanan persekitaran sihat ). Perlulah kita kaji dulu mengenai makanan tambahan tersebut.

Untuk saya sendiri, saya memilih Shaklee sebagai supplement utama selain yang ada di drugstore. Kita perlu kenali Shaklee Untuk hidup yang lebih sihat supaya ia menjadi pilihan terbaik kita.


TENTANG SHAKLEE

Shaklee komited dalam mencari nilai tambah dalam penyediaan produk yang inovatif dan saintifik bagi menyokong proses penuaan yang lebih sihat di samping membantu meningkatkan kualiti hidup. Shaklee turut menyediakan pelbagai pilihan makanan sihat dan makanan tambahan yang boleh disesuaikan dengan keperluan individu. 


KESIHATAN

“Health is a neglected subject.”- Dr.Shaklee

Menurut Dr. Shaklee beberapa tahun yang lalu, kesihatan adalah satu subjek yang diabaikan. Dan ini benar-benar berlaku.

Shaklee memfokuskan untuk memberikan kesejahteraan dan bukannya untu…

6 Petua Berkesan Buang Angin Dalam Badan

Image
Asal tersalah makan mesti perut berangin. Macam saya, kalo makan tak teratur, perut mesti rasa tak sedap. Kebiasaan terjadi bila saya pergi berjalan. But if duduk rumah saja, makan tak teratur, takde pulak rasa berangin perut ni.

Lagi satu kalo makan malam kat luar. Kadang sampai kedai pukul 9malam, itu pun boleh buat tetiba gastrik datang. Dan yang menyedihkan, kerap amik kafein boleh berangin atau gastrik badan ni. Kenapa sedih?? sebab tu minuman favorite saya tau 😭😭😭😭.


Disebabkan diri sendir rajin sangat badan berangin atau gastrik, so nak kongsilah antara petua yang saya amalkan dan mungkin anda boleh amalkan untuk melegakan angin dalam badan ni.


PETUA BUANG ANGIN DALAM BADAN.


1. Gaviscon Double Action
Ini juga dapat melegakan angin atau gastrik dalam badan. Dulu masa kecil-kecil, bila gastrik datang doktor mmg bagi ubat jenis liquid. Rasa sebiji macam gaviscon ni. So bila first time try, memang boleh masuk la rasa dia. Boleh telan.
2. Halia Petua turun temurun untuk buang angin meng…

Bahayakah Mabuk Ketika Hamil

Image
Assalammualaikum,

Setakat ini untuk tiga kehamilan, ketiga-tiganya saya mabuk. Bagaimanapun kehamilan pertama adalah yang paling teruk lagi. Mabuk pula ketika bulan puasa kan. Rasa tekak yang pahit, makan itu pahit, makan ini pahit.

Dah makan, kembang pula tekak ni. Kalau diberi pilihan antara mabuk dan sakit bersalin, saya rela pilih sakit bersalin. Sebab sakit tu cuma sehari, mabuk tu nak menangung 3 bulan 😓.

Bila mabuk ni, ramai yang tertanya-tanya. Bahaya ke tak kepada baby. Jadi topik kita kali ini adalah 👇

BAHAYAKAH MABUK KETIKA HAMIL

Ok, nak tahu kan bahaya ke tak mabuk ketika hamil? Sebenarnya, mabuk ketika hamil ini merupakan satu petanda baik tau bahawa aras hormon kehamilan berada pada tahap yang tinggi dan baik.

Punca mabuk hamil dikaitkan dengan hormon chorionic gonadotrophin (hCG) dan estrogen. Hormon tiroid thyroxine juga memberi peranan.

PENYEBAB BIASA MABUK HAMIL

Ada beberapa penyebab biasa mabuk hamil. Antaranya:


Jika mengandungkan anak kembar, tahap hormon kehamilan adalah…

TESTIMONI : PENYAKIT TANGAN KAKI KUKU DAN MULUT (HFMD) SEMBUH

Image
Assalammualaikum,

Bermula 14/8/2018, Little Bugs Playschool ditutup due to HFMD. HFMD stands for Hand, Foot & Mouth Disease atu bahasa melayunya Penyakit Tangan, Kaki, Kuku dan Mulut.

Alhamdulillah, Iman Harraz terhindar dari penyakit tersebut sama seperti abang-abangnya. Syukur, mereka diberi kesihatan yang baik.

Sekarang ni memang musim HFMD. So pelbagai petua akan dilakukan untuk memastikan anak-anak cepat sembuh dari penyakit ini. Kesian mereka, tak dapat makan dan minum dengan sempurna kerana ia juga menterang mulut.

Dengan kesempatan ini saya kongsikan salah satu perkongsian untuk menyembuhkan HFMD dengan selamat.

TESTIMONI : WANA MOHD TAHIR (from page SUPERMOM SHAKLEE STORY)



ANAK SEMBUH DARI HFMD ----------------------------------------------------------------------------------------------- Nama Saya Nor Hawana Mohd Tahir. Saya bekerja sebagai Pembantu Pustakawan dan mempunyai 2 cahaya mata. Kali ni Saya nak berkongsi kisah anak lelaki Saya Naeem Akmal yang terkena penyakit tangan…

Tips Kesihatan Semasa Hamil

Image
Nak anak sihat, Ibu pun kena sihat semasa hamil. Selain pengambilan supplemen, banyak lagi faktor pemakanan dan persekitara yang perlu diambil kira oleh ibu hami.

Di sini saya kongsikan beberapa tips kesihatan semasa hamil yang perlu dititikberatkan oleh ibu hamil bersama-sama dengan suami.





1. Rancangkan rawatan antenatal anda dari awal
Pilih doktor anda. Ini penting supaya anda dapat membina hubungan yang baik semasa persediaan menyambut kelahiran. Walaupun anda memilih untuk bersalin di hospital kerajaan umpanya, anda masih boleh membina persefahaman dengan jururawat, bidan atau pakar obstetrik sepanjang lawatan pemeriksaan anda. 

2. Makan dengan baik
Ubah pemikiran makan untuk dua orang apabila anda hamil. Tidak perlu ambil susu penuh krim mahupun susu yang dilabelkan sebagai susu untuk ibu. Keperluan tenaga seorang ibu yang baru hamil tidak berubah sehingga tempoh 6 bulan kehamilan. Ia hanya akan meningkat pada 3 bulan terakhir sebanyak 200 kalori setiap hari.
Amalkan diet yang seimbang.…