Tips Penjagaan kulit dengan Green Tea

Assalammualaikum,

Hari ni akak nak ceritakan kebaikan Green Tea. Senang kata rahsia kecantikan kulit orang Jepun dan Cina.


Tapi sebelum akak kongsikan tips penjagaan kulit dengan Green Tea ni, marilah kita say hai hai dulu dengan Green Tea. Maksudnya kenal dulu serba sedikit sejarah Green Tea.

Green Tea berasal dari Negara China sejak 4000 tahun dahulu dalam sejarah perubatan mereka. Pada masa ini ramai pakar Nutrisi menemui kajian bahawa Green Tea sangat baik untuk kesihatan. Pada Tahun 1994, sebuah jurnal telah diterbitkan oleh sekumpulan pakar kanser yang menyebut masyarakat cina yang mengamalkan Green Tea terhindar dari penyakit kanser. Bukti baru menunjukkan bahawa Green Tea yang diamalkan secara rutin juga dapat menurunkan kadar kolestrol dalam darah. Sejarah Cina ada menyebut bahawa Green Tea telah mula diamalkan sebagai minuman sejak 2700 tahun sebelum Masehi. 

Hasil carian imej untuk green tea untuk kecantikan

TIPS Penjagaan KULIT dengan GREEN TEA

Green Tea mengandungi 99.9% air, 1 kalori setiap 100ml, phytochemical seperti polifenol dan kafein. Polifenol yang ditemukan dalam teh hijau termasuklah epigallocatechin gallete (EGCG), gallate epichatechin, epichatecins dan flavanols. Green Tea juga mengandungi sejumlah antioksidan yang tinggi seperti enzim, asam amino, vitamin B, folat, mangan, kalium dan magnesium.

Green Tea bukan sahaja bagus untuk dijadikan sebagai minuman kesihatan malahan ia juga sangat baik untuk perawatan wajah. Ia dapat memnjadikan kulit anda lebih anjal dan tegang.

Green Tea juga dapat mengambalikan tona kulit yang sekata. Ia membantu membuang toksin di bawah kulit, menghilangkan bekas jerawata dan bekas luka serta mengurangkan radang kulit. Malah meningkatkan elastik kulit..
Kajian oleh Medical College og Georgia tahun 2003 menunjukkkan bahawa Green Tea  sangat membantu dalam mengembalikan keremajaan kulit.


MASKER GREEN TEA UNTUK KESIHATAN WAJAH

Hasil carian imej untuk green tea untuk kecantikan


  • 2 sudu kecil Green Tea (@ 2 uncang)
  • Tambahkan 1-2 sudu teh madu
  • Perahkan sedikit lemon
  • Sapukan pada waja dan biarkan selam 5-10 minit
  • Bilas dengan air suam
  • Amalkan 1-2 kali seminggu

HILANGKAN EYE BAG ATAU LEBAM BAWAH MATA DENGAN GREEN TEA

Antioksidan dan zat dalam Green Tea membantu menghilang eye bag atau lebam bawah mata. Ia membantu mengecilkan pembuluh darah di bawah kulit halus sekitar mata seterusnya mengurangkan eye bag. Kandungan Vitamin K dalam Green Tea juga membantu meringankan lingkaran hitam bawah mata. 


  • Masukkan 2 bag teh hijau ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
  • Letakkan bag green tea tadi ke kelopak mata tertutup.
  • Biarkan selama 15 minit. 
  • Amalkan 2 kali sehari sehingga mendapat kesan yang anda inginkan.

Nah, banyakkan khasiat Green Tea untuk kulit kita. Green Tea adalah antioksidan semula jadi untuk kesihatan kita. Telah diamalkan secara turun temurun untuk masyarakat Cina.

Hasil carian imej untuk dasto ideal grean tea


Untuk saya sendiri saya mengamalkan Ideal Green Tea by Dr Aishah. Ia disediakan daripada daun muda yang segar, diwapkan dan kemudian dikeringkan memberi rasa segar ketika meminumnya.


No automatic alt text available.

Yuzaine
0192648121
Pengedar Dasto Nilai

Popular posts from this blog

Khasiat Vitamin C Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Makanan Terbaik Untuk Jantung Yang Sihat

Betulke Supplement Shaklee Berbeza dengan Supplement Lain di pasaran