Posts

Showing posts from August, 2017

8 Faedah Aktiviti Fizikal Terhadap Jantung

Image
Jantung merupakan organ terpenting yang mengepam darah dan membekalkan oksigen kepada tubuh badan.  Amalan hidup yang tidak aktif boleh merupakan antara 5 faktor utama ke arah jantung yang tidak sihat. Perbanyakkan aktiviti fizikal dapat memelihara kesihatan jantung.

8 Faedah Aktiviti Fizikal Terhadap Jantung

Peningkatan peredaran darah  Peningkatan aktiviti fizikal mewujudkan permintaan untuk lebih banyak oksigen dan nutrien dalam tisu badan. Keperluan ini boleh membantu meningkatkan kesihatan arteri dan juga menggalakkan pertumbuhan kapilari baru, dikenali sebagai kapilari kolateral, di dalam otot yang terlibat dengan senaman. Kapilari kolateral meningkatkan peredaran darah secara keseluruhan, yang membantu meningkatkan kekuatan, tenaga, penyembuhan dan fungsi lain yang pada dasarnya di semua sistem badan anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai penyakit arteri periferal, kapilari kolateral dalam otot kaki anda boleh mengurangkan gejala justeru anda boleh berjalan lebih jauh tanpa ras…

Makanan Terbaik Untuk Jantung Yang Sihat

Image
Assalammualaikum.

Hai semua, hari ni saya terpanggil untuk kongsikan makanan terbaik untuk si jantung kesayangan kita. Jantung ni adalah organ terpenting dalam badan. Ia berfungsi untuk mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan.

Tau tak, ada beberapa sumber makanan yang sangat bagus untuk jantung kita. Kita selalu dengar Omega-3 sangat bagus untuk jantung.

Tapi tahu tak, ia juga boleh kita perolehi melalui pemakanan seharian kita. 




10 Makanan Terbaik Untuk Jantung Yang Sihat

1. Makanan Beroat Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.
2. Salmon Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang me…