Tips Anak-anak Kekal Bertenaga Walaupun Berpuasa Sepanjang Hari

Ada beberapa hari lagi sahaja sebelum Ramadhan tiba. Anak-anak kita pun semakin membesar dan dah tiba masanya kita mendidik mereka menunaikan rukun islam ketiga iaitu puasa.

Tapi sebagai ibu bapa kita ada keraguan terhadap ketahanan mereka. Apa lagi anak yang selalu aktif dan juga kuat makan.

Jadi di kesempatan ini Yuzai nak kongsikan sedikit tips anak-anak kekal bertenaga walaupun berpuasa sepanjang hari.




Bagi kanak-kanak yang baru belajar berpuasa latihlah mereka dengan baik tetapi bukan memaksa. Pengetahuan tentang pentingnya berpuasa perlu disemai dalam diri anak-anak.

Ada beberapa tips yang boleh digunakan oleh ibu bapa bagi memastikan anak kekal bertenaga dan berjaya menghabiskan puasa mereka. Di sini saya kongsikan tips berikut yang saya perolehi melalui pembacaan dan pengalaman ibu-ibu yang lain.



5 tips bantu anak kekal  bertenaga sepanjang berpuasa


1. Solat 5 waktu dan Pengertian Ramadhan

Solat merupakan rukun Islam kedua sebelum berpuasa. Anak yang telah mengenal Allah lebih awal lebih mudah memahami maksud Ramadhan atau berpuasa.

Kenalkan mereka dengan contoh-contoh kesusahan rakyat Islam yang perlu berpuasa. Mengunakan karektor animasi seperti Upin Ipin juga dapat memberi galakan kepada anak-anak untuk terus berpuasa.

2. Ganjaran di bulan puasa

Raikan anak-anak yang berpuasa dengan makanan kesukaan mereka. Ibu bapa juga digalakkan mengajak anak-anak untuk menyediakan juadah berbuka bersama-sama.

Iftar bersama rakan-rakan mereka juga menjadi pemangkin kepada semangat mereka untuk terus berpuasa.
Tapi ingat, dalam memberi reward kepada anak-anak jangan sehingga berlebih-lebihan pula.

3. Menghayati bulan puasa

Lakukan perkara-perkara yang jarang diperolehi semasa bulan-bulan biasa. Banyakkan solat jemaah,memperdengarkan alunan ayat-ayat Al-Quran, ajar anak mengetuai bacaan doa semasa sahur dan berbuka.

Cerita-cerita menarik di televisyen seperti Jejak Rasul juga perlu ditonton bersama. Lakukan aktiviti ini bagi mnghidupkan suasana bulan puasa. 


4. Kelonggaran

Ibu bapa perlu ingat bahawa anak sedang dilatih untuk berpuasa. Selagi mereka belum akil baligh ia tidak menjadi wajib. Mulakan dengan hari pertama, sekiranya mereka mendapat separuh hari berpuasa ucapkan tahniah. dan ceritakan kebaikan untuk mereka sekiranya dapat berpuasa penuh.

Bagi anak yang berusaha untuk puasa penuh tetapi kelihatan lemah, jangan dipaksa untuk berbuka. Berikan galakan dan kata-kata semangat. Bagaimanapun keadaan mereka perlu dipantau supaya tidak memudaratkan.

5. Pengambilan makanan seimbang

pastikan anak bersahur dihujung waktu dan memperoleh makanan seimbang. Mereka juga perlu minum air yang banyak dari tempoh berbuka sehingga sahur bagi mengelakkan dehydrated untuk hari seterusnya.

Buah kurma sangat digalakkan diambil semasa berpuasa kerana ia kaya protein, serat, vitamin A dan C, zat mineral seperti zat besi,potassium, kalsium dan sodium. Malah kurma juga mengandungi glokasa yang dapat membekalkan tenaga kepada badan.



Bagi kanak-kanak yang tidak mempunyai selera untuk bersahur, ia juga boleh digantikan dengan Energizing Soy Protein, performance Drink dan juga mealshakes dari Shaklee.

Ia mempunyai kebaikan dari pelbagai sudut.



SET SUPPLEMEN UNTUK BERPUASA

1. Energizing Soy Protein


ESP merupakan protein soya 100 % Non-GMO yang lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu. Anak-anak yang dibekalkan dengan protein soya ini ketika berpuasa membantu mereka dari segi:

- membekalkan tenaga berpanjangan
- menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik dalam perut yang mana membantu melapik perut dan menahan lapar.
- mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati. Ia sangat sesuai kepada penghidap gastrik.


2. Mealshakes

- membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral penting.
- kaya dengan kalsium, serat membantu mengelakkan sembelit di bulan puasa
- membekalkan nutrien yang mencukupi ketika berpuasa seterusnya memelihara kesihatan badan


3. Performance drink



- rasa oren yang menyegarkan
- mengurangkan rasa dahaga dengan membekalkan karbohidrat bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera.
- bendalir elektrolit sangat penting untuk mencegah penyahhidratan.
- terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir perlu bagi penghidratan yang wajar.


Supplemen berpuasa ini bukan sahaja untuk kanak-kanak, malah ia amat sesuai diamalkan oleh seisi keluarga. Malahan ibu hamil dan menyusu juga digalakkan ambil bagi memastikan tubuh sentiasa bertenaga dan keperluan penyusuan anak dapat dipenuhi.


Semoga dengan perkongsian ini dapatlah kita sama-sama mendidik dan melatih anak-anak kita berpuasa.




INGIN DAFTAR MEMBERSHIP?

BOLEH HUBUNGI SEPERTI DI BAWAH:

👇👇👇👇


Untuk Order dan Konsultasi :

http://shakleeyuzai.wasap.my/
Yuzaine Samilan 

0192648121 
SID: 865477 
ig: @beautifulsyrup 
fb: Yuzaine Samilan
fbpage: Rahsia Keluarga Sihat 

Popular posts from this blog

Khasiat Vitamin C Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Betulke Supplement Shaklee Berbeza dengan Supplement Lain di pasaran

Makanan Terbaik Untuk Jantung Yang Sihat