Cara Cek Nombor Daftar KKM

Assalammualaikum semua,

Rentetan entry saya semalam, ramai pula tanya macam mana nak cek registration number untuk KKM. Malah ada yang kata dah cek tapi tak jumpa pula.

Jadi hari ni dengan rendah hati saya cuba kongsikan cara-cara cek nombor daftar KKM. 


Tapi sebelum tu kena taulah kan kenapa perlu kita cek no daftar KKM ni.

Untuk jawapan yang semua orang tau, semestinya kita nak pastikan produk kite tulen bukan tiruan. Kita bukan setakat cek produk tu HALAL je tau, tapi mesti jugak nak cek produk SELAMAT atau tak. Jadi nombor pendaftaran KKM memang penting.


Langkah2 cek nombor KKM.


~ Pergi ke portal National Pharmaceutical Regulatory Agency
~ Kemudian pilih Quest Product Search
~ Pada product type, pilih samada product bahan kosmetik ataupun lain-lain.

Masukkan detail ikut pilihan kita.



  • Product name
  • Product Registration No/ Notification No
  • Registration Holder/ Notification Holder
  • Active Ingredients/ Cosmetics Substance
  • Manufacturer
  • Importer


Contoh carian produk saya adalah Alfalfa Complex Shaklee seperti kat bawah ni





a. Pencarian mengikut Product Name : Alfalfa




b. Pencarian berdasarkan Product Registration No/ Notification No: MAL10053686XC




c. Pencarian berdasarkan Registration Holder/ Notification Holder: SHAKLEE



d. Pencarian berdasarkan Active Ingredients/ Cosmetics Substance: ALFALFA


e. Pencarian berdasarkan Manufacturer: Natural Alternatives International




Haa, mudah je kan. Ada 5 cara korang boleh cek nombor KKM product yang korang sedang guna sekarang. Mudah nak cari yang penting detail kena ada dalam setiap product tersebut.


Hologram

Selain Nombor KKM, ada lagi satu cara korang nak pastikan ketulenan produk korang iaitu hologram. Hologram ni direka sangat unik, sukar ditiru. Kebiasaanya peniru lepas pada bahagian packaging tapi gagal dekat bahagian hologram ni. 
hologram yang sticker bersinar tu

"Setiap produk yang berdaftar dengan PBKD adalah selamat untuk diambil oleh orang awam. Produk yang berdaftar dengan PBKD mempunyai dua ciri-ciri utama, iaitu nombor pendaftaran dan pelekat hologram yang tulen.  Nombor pendaftaran lazimnya dimulakan dengan 'MAL', diikuti dengan 8 nombor, dan diakhiri dengan huruf." ~sumber perkhidmatan farmasi KKM

Macam mana nak cek hologram?

Jawapannya pengguna tak boleh nak cek sendiri. Tak boleh nak cek online. Sebab hologram ni sangat unik. Jadi dia perlukan peranti untuk cek. Pemeriksaan hologram boleh dibuat di farmasi berlesen kerana mereka dibekalkan dengan decoder meditag. Jadi pengguna boleh cek ketulenan hologram produk mereka di sini.  Nak tau lebih lanjut boleh klik sini.


So, macam mana? 
Mudah kan nak kenalpasti produk LULUS KKM ke tidak

Yang penting perlu ada NO KKM dan Hologram.

Jangan risau, Shaklee dua-dua ada tau.


JOM BERTUKAR KEPADA SHAKLEE.








INGIN DAFTAR MEMBERSHIP?

BOLEH HUBUNGI SEPERTI DI BAWAH:

👇👇👇👇


Untuk Order dan Konsultasi :

http://shakleeyuzai.wasap.my/
Yuzaine Samilan 

0192648121 
SID: 865477 
ig: @beautifulsyrup 
fb: Yuzaine Samilan
fbpage: Rahsia Keluarga Sihat 

Popular posts from this blog

Khasiat Vitamin C Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Betulke Supplement Shaklee Berbeza dengan Supplement Lain di pasaran

Makanan Terbaik Untuk Jantung Yang Sihat