Tips Menjayakan Penyusuan susu ibu: Pengalaman 1

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ini terpanggil untuk menceritakan beberapa suka duka sepanjang menyusukan 3 orang anak LELAKI.


Memandangkan tips penyusuan saya berdasarkan pengalaman, dan pengalaman penyusuan anak juga berbeza-beza antara mereka. Jadi saya cuba pecahkan tips menjayakan penyusuan susu ibu mengikut pengalaman 1, 2 dan 3.


Kenapa saya share?

Sebab saya tau tak semua orang melalui pengalaman indah. Pasti ada yang bermula dengan sukar juga. Ikut hati kita nk pilihan yg mudah atau pun sukar.


MUHAMMAD IZZUL HAFIY - 13 APRIL 2011

Secara jujur, mental, fizikal saya tidak ready untuk fully breastfeed. Keyakinan tak tinggi. Cuma kesedaran ada bila tengok member Suzie Radzali menyusukan anak sebagai EP-MOM. Apa yang saya selalu fikirkan adalah saya nak anak yang bakal lahir mudah disusukan secara direct mahupun botol.

Kelahiran disambut secara ceasarian. Fully bius. Kes Placenta Previa Type 2-3.
Bersalin di Hosp. Kuala Pilah.




Izzul dilahirkan pada jam 12.45 tgh. Disebabkan fully bius saya tak mampu untuk buka mata, bangun dan susukan dia. Jam 6.30 petang doktor datang marah-marah sebab masih belum susukan anak. Mujur izzul faham keadaan ibu dia. 

Tengah malam dia bangun menangis. Sayup2 je. Tapi secara serius bius dalam badan masih kuat. Minta pertolongan jururawat praktikal untuk letakkan anak di dada untuk disusukan. Tapi dia menolak dan tidur di pangkuan sehinggalah jururawat tadi mintak untuk diletakkan di katil bayi.

1. Kolostrum
 Keesokannya baru saya boleh bangun dan cuba untuk susukan bayi. Baru ada kekuatan dan ransangan untuk fully breastfeed. Sister datang beri teknik penyusuan. Katanya Izzul pandai menghisap.

Tapi kita sebagai ibu masih fikirkan susu tak cukup. Sebab takde susu yang mengalir. Mak datang tengok kata susu ada. Buktinya tepi mulut Izzul ada kuning2 keemasan. (Masa ni tak tau apa itu kolostrum sbb memang tak pernah study).


2. Makanan penggalak Susu
Sepanjang berada di hospital, saya memang makan ulam-ulaman. Kirim dekat emak untuk bawa ke hospital. Ulam raja, Pegaga, jantung pisang memang mak bawak. Penambah selera. Saya yakin, pengambilan makanan ni juga membantu menggalakkan susu keluar.

3. Susu bila dia nak dan setiap 2 jam
Sebab takut izzul kena kuning, saya akan menyusukan dia setiap 2 jam. Berapa lama? Saya tak pasti sebab saya akan menyusukan dia setiap kali nak. Ada masa bila diletakkan dia akan menangis dan saya susukan semula.

4. Kerap menangis
Tipu kalau saya kata anak saya tak kuat menangis. memang semua anak-anak saya kuat nangis. Bila habis pantang, masak secara lum sum. Campur sekali sayur dengan daging/ ayam.

5. Berpantang
Masa ni mak jaga arwah uwan yang sakit tua. mak juga yang sediakan air mandi saya dan mandikan izzul. Jadi saya tak boleh nak manja-manja dan mengada-ngada.Kesian mak.Walaupun czer, saya banyak buat pergerakan. Turun naik tangga. Rumah orang kampung. Rumah atas dengan toilet di rumah bawah, jauh jugak nak berjalan time sakit. Saya percaya, lagi banyak bergerak lagi cepat saya sembuh. Tapi pergerakan secara berhati-hati. Saya amalkan oren sunkist dan ikan haruan setiap hari. Awal-awal kelahiran saya amalkan sawi hijau. Tiada jamu, tiada supplemen. Jamu selepas habis berpantang. Alhamdulillah, selepas 2 minggu saya dah recover sepenuhnya. 

6. Sakit bersalin Czer susah nak susukan anak.
Dah nama pun czer kan mana ada yang tak sakit. Nak susukan anak pun bukanlah mudah. Mujur masa tu ada kerusi rehat mak abah. Jadi saya cuba selesakan badan masa menyusukan anak. Tampung dengan bantal supaya tak badan izzul tak terkena tempat czer. Alhamdulillah, makin lama semua makin ok dan mudah.

7. Gadget menyusu
Seperti yang saya bagitau awal tadi, saya memang tak prepare apa2. Suzie dah pesan beli pam, tapi saya fikir kalo beli susu takde rugi. Jadi kisah bila izzul dah sebulan, baru lah terpk dah beli pam. itupun sebab dah 2-3 hari bengkak. Pam manual, pureen. Handle agak keras. Mengepam lah saya dengan excited. Nak dijadikan cerita memang susu tak keluar. Breast makin sakit. Jadi bila izzul menyusu sebelah, sebelah pam baru keluar. Itupun bila berlaku LDR. nak dapat 3oz pun setengah jam belum tentu. Masa nie dah aim Medela Freestyle macam Suzie punya.

Daripada 1-7 tadi, saya tak rasa itu semua tips. Tapi yang jadikan saya kuat adalah cabaran dan tekanan orang sekeliling.



CABARAN PENYUSUAN

1.Tak Cukup Susu
Memang, alasan tak cukup susu memang dominan untuk mereka yang gagal penyusuan. Bila ada yang keluarkan ungkapan "susu ko tak cukup" boleh buat kita terus jatuh. Tapi saya terus jawab, susu saya ada.

2. Anak tak kenyang
Perkataan lain, anak tak kenyang. Kena bagi makan. Kenapa saya mesti dengar kata orang sedangkan nurse bagitau exclusive breastfeeding sehingga 6 bulan. Saya jawab dia kenyang. 

3. Anak sedu
Ha, ni pun satu. Bila budak-budak sedu ada yang kata kena bagi air masak. Lidah putih pun ada yang kata kena cuci dengan air masak lepas susu. Hati kena kental tau. Memang saya tolak mentah.


Dek kerana tekanan sekeliling yang menjurus kepada isu yang sama, dalam pantang saya cuba membuat carian tentang tips banyakkan susu ibu. Dan disitu bermula perkenalan saya dengan Shaklee- Set Trial Breastfeeding. Saya tak rasa susu saya banyak, tapi saya rasa pekat dan ia memendekkan masa penyusuan Izzul.



KEGAGALAN PENYUSUAN

Izzul mempunyai sejarah yang mana dia terpaksa dijaga oleh mak sehinggalah saya dapat tukar keje. bermula usia 6 bulan dia mula duduk dengan mak. Stok susu? Pada asalnya memang banyak tapi mula merosot disebabkan rutin penyusuan yang  berubah.

Sepanjang tempoh bersama, saya tidak pernah bangun malam untuk mengepam. Hari2 boleh kumpul 18-20 oz setiap hari 2x pam di ofis. Balik rumah pam sebelah dapat lagi 5oz, sebelah dia minum. Jadinya sehari boleh dapat lebih kurang 27 oz. Izzul minum tak banyak. sehari dalam 15 oz shj 7.30-5.30 ptg.

Bila izzul tak duduk sama, rutin pam diofis masih sama. Weekend balik kampung susukan dia sepenuhnya. Tapi malam saya dah tak pam. Lama kelamaan bekalan hanya cukup untuk hari siang. Terpaksa topup susu formula. dan akhirnya dia mula menolak EBM dan terus nak formula lebih kurang umur dia hampir setahun.

APA SAYA BUAT?
Saya tak buat apa2. Anak dah menyusu sehingga 1 tahun. Alhamdulillah. Nak upkan susu memang mustahil sebab dia sendiri dah mula tolak susu ibu.



PENGAJARAN:

Ilmu dan mental kena selari.
Ilmu secara teori lebih mudah dari hands on.
Ada ilmu mental tak kuat tak jadi.
Mental kuat tapi ilmu kurang mungkin boleh berjaya.
Mental kuat ilmu zero= tak tahu apa2.

Belajar masa pregnant. Tidak Faham tak apa.
Praktikkan selepas melahirkan.
Belajar dari mereka yang berjaya selepas bermasalah.

Jangan terlalu ikut mereka yang berjaya tanpa masalah.
Takut nanti tak korek ilmu tapi kejar amount susu yang banyak.


Masih tidak faham??


Hubungi saya seperti dibawah.









BERMINAT?

INGIN DAFTAR MEMBERSHIP?

BOLEH HUBUNGI SEPERTI DI BAWAH:

👇👇👇👇


Untuk Order dan Konsultasi :

Yuzaine Samilan 

0192648121 
SID: 865477 
ig: @beautifulsyrup 
fb: Yuzaine Samilan
fbpage: Rahsia Keluarga Sihat 

Popular posts from this blog

Khasiat Vitamin C Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Betulke Supplement Shaklee Berbeza dengan Supplement Lain di pasaran

Makanan Terbaik Untuk Jantung Yang Sihat