Tips dan Petua Banyakkan Susu Ibu

Ramai ibu yang telah mendapat kesedaran betapa pentingnya penyusuan susu ibu kepada bayi mereka. Tapi nak menjayakan tu bukanlah semudah ABC. Perlu ada ilmu, perlu ada tekad, perlu ada fokus.

Hari ini saya akan kongsikan beberapa tips dan petua banyakkan susu ibu. Alhamdulillah, walaupun anak pertan dan kedua juga mendapat exclusive breastfeeding sehingga usia lebih kurang 1 tahun, tapi saya baru benar2 faham dan apply konsep sebenar breastfeed semasa anak no 3 sekarang



TIPS DAN PETUA SEMASA MENGEPAM (HASIL YANG LUMAYAN)

1. Pilih Pam Yang Betul
    Pemilihan pam yang betul sangat penting. Pilih pam yang serasi dan tidak menyakitkan. Sekiranya pam tersebut menyakitkan, ia juga boleh menggangu produksi susu dan susu lebih sukar untuk keluar. Pam yang terabaik selepas bayi adalah tangan sendiri. Belajar teknik marmet untuk merangsang pengeluaran susu .

Hasil carian imej untuk pam susuHasil carian imej untuk lacte duetHasil carian imej untuk malish aria

Contoh double pam



Hasil carian imej untuk avent manualHasil carian imej untuk medela manualHasil carian imej untuk pam manual unimom

Contoh pam manual



2. Tenangkan Diri
    Perasaan tenang semasa mengepam sangat penting. Stress menyebabkan susu malu untuk keluar. Jadi pujuk diri dan belajar untuk tenangkan diri.


3. Urut Payudara
   Hasil carian imej untuk urut payudara untuk keluarkan susu

    Urut perlahan-lahandari bahu ke bahagian puting untuk memudahkan susu keluar.

4. Tuam payudara dengan tuala suam
   Sebelum mengepam cuba tuam terlebih dahulu payudara dengan tuala suam. Ia akan menyebabkan salur darah mengembang dan memudahkan serta melancarkan pengeluaran susu.


5. Lihat gambar atau video anak
    Dengan melihat atau mendengar suara amak. hormon dalam badan akan refleks untuk mengeluarkan susu lebih banyak dan cepat. Anda juga boleh bayangkan keletah anak dan wajahnya.


6. Zikir
    Amalkan berzikir semasa mengepam. Sambil menenangkan diri, boleh menambahkan iman dan mendekatkan diri pada-Nya. bagi yang bukan islam,boleh juga mengingati kepada pencipta bagi menenagkan hati.

7. Elakkan melihat hasil pam susu
    Semasa mengepam, elakkan melihat hasil pam. Buat benda lain seperti No5 dan No6. Setelah cukup 20 minit, barulah tunduk untuk lihat hasil. Bersyukur dengan setiap hasil pam dan jangan cuba bandingkan dengan hasil orang lain.

8. Waktu konsisten.
   Amalkan mengepam setiap 4 jam sekali dpada waktu yang konsisten. Sekiranya tertinggal satu waktu cuba untuk pam juga pada 1 waktu tambahan.

9.  Mengepam pada waktu malam.
   Rajinkan mengepam dengan lebih kerap pada waktu malam. Hormon prolactin(yg merangsang susu) lebih tinggi pada waktu malam. Semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu dihasilkan. Sekiranya tidak mampu untuk bangun malam, pastikan anda pam sebelum tidur.


Badan kita berfungsi dengan isyarat otak, manakala otak bergerak hasil naluri/ keinginan dari hati. Jadi bersihkan hati, Insyaallah hasil pun lebih baik.


AMALKAN DOA UNTUK TAMBAH SUSU

" Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.

Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini, penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku"

Aamiin.

Sambil baca letakkan tangan pada payudara dan berdoa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2 tahun.

Amalkan surah al-Hujurat dan al-Kauthar

Zikir Ya Matin (70x) setiap malam dan subuh atau hembuskan pada air dan minum.

Surah Yassin ayat 72-73

Baca selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.



Insyaallah, sekiranya kita ikut tips dan amalkan doa di atas, susu akan bertambah meriah.

Tapi masalah  baru bila susu meriah adalah bengkak susu  ataupun  clogged duct. Clogged duct bahaya sekiranya kita biarkan ia berlarutan. Tips mudah adalah tuam dengan tuala panas, tetapi sekiranya tidakmenjadi boleh gunakan Cold Method  pula.



CARA COLD METHOD untuk masalah CLOGGED DUCT

1. Baring di atas permukaan yang rata.

2. Urut payudara dari pangkal payudara ke arah nipple. Jika sukar untuk buat sendiri, minta bantuan suami. Urut sampai ada susu terpancut keluar. Kadangkala susu tak keluar sebab ada lubang susu tertutup. Jadi, cuba bersihkan lubang nipple terlebih dahulu. Kemudian letakkan icepack pada kawasan yang sakit/keras untuk mengurangkan kesakitan apabila diurut.

3. Apabila rasa bengkak pada payudara berkurangan, cuba pam sehingga payudara betul-betul kosong. Seeloknya cuba dapatkan 2x let-down

4. Sebaiknya, sentiasa letak icepack sepanjang hari pada payudara yangbengkak walaupun waktu tidur malam.



TESTIMONI

This is from my own experinece. Saya pernah menjalani breast abscess operation early 2009. Tapi bukan sebab Shaklee ya. Instead Shaklee helped me to heal faster after the operation (sampai jatuh cinta to become distributor). So, lepas operate tue, sometimes kena clogged duct lagi, then doctor taught/ did this to me. Dia taknak prescribe antibiotik dah- not good.
~~Arnie Samsudin~~


TIPS MENGELAKKAN CLOGGED DUCT

1. Pastikan payudara dikosongkan sepenuhnya setiap kali sesi perahan.

2. Jika terasa sakit/ keras di sesuatu kawasan payudara disebabkan oleh clogged duct, cepat-cepat kosongkan payudara, buat urutan sama ada tuam dengan tuala panas ataupun guna cold method.

3. Jika cara 2 tidak membantu, segera dapatkan rawatan doktor. Jangan lupa maklumkan bahawa anda seorang ibu menyusu.

4. Amalkan supplemen yang membantu masalah clogged duct/ masitis iaitu b-complex, vitamin c dan lecithin.






INGIN DAFTAR MEMBERSHIP?

BOLEH HUBUNGI SEPERTI DI BAWAH:

👇👇👇👇


Untuk Order dan Konsultasi :

Yuzaine Samilan 

0192648121 
SID: 865477 
ig: @beautifulsyrup 
fb: Yuzaine Samilan
fbpage: Rahsia Keluarga Sihat 

Popular posts from this blog

Khasiat Vitamin C Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Betulke Supplement Shaklee Berbeza dengan Supplement Lain di pasaran

Makanan Terbaik Untuk Jantung Yang Sihat