TIPS CARA TURUNKAN KOLESTROL TANPA UBAT

Penyakit kolestrol tinggi semakin menjadi trend penyakit masa kini. Kenapa trend?  Kerana ia mula dijumpai bukan sahaja pada golongan dewasa malahan golongan kanak-kanak juga. Kebanjiran restoran makanan segera dan kurangnya corak hidup yang sihat antara penyumbang kepada masalah kolestrol tinggi dalam darah. Ia bukan sahaja dihidapi oleh orang yang berbadan besar tetapi mereka yang berbadan kecil juga mempunyai potensi mempunyai kolestrol yang tinggi.

Beberapa faktor penyumbang kolestrol perlu diketahui bagi mengelakkan masalah tersebut.
tips turunkan kolestrol



FAKTOR PENYEBAB KOLESTROL TINGGI DALAM DARAH

1. Pemakanan yang tidak sihat.

Kebanyakan penghidap kolestrol tinggi sangat menggemari menu diet tinggi seperti organ dalaman, telur dan makanan laut.

2. Kurang Senaman dan aktiviti Fizikal

 Kurang melakukan aktiviti senaman dan fizikal secara tidak langsung meningkatkan paras kolestrol jahat (LDL) dan menurunkan paras kolestrol baik (HDL) dalam darah.

3. Merokok

 Kajian menunjukkan bahan kimia yang terdapat di dalam rokok iaitu acrolein boleh merencatkan tindakan kolestrol baik yang bertugas mengangkut kolestrol di dalam darah ke dalam hati untuk disimpan.

4. Amalan Minuman Keras

Pengambilan minuman beralkohol meningkatkan paras trigliserida dan kolestrol dalam darah.

5. Masalah Obesiti

 Statistik menunjukkan individu yang gemuk mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap penyakit kolestrol tinggi berbanding individu kurus. Bagaimanapun tidak bermakna individu kurus tidak mengalami masalah kolestrol tinggi.

6. Penyakit kronik

Masalah darah tinggi dan juga kencing manis salah satu penyumbang kenaikan paras kolestrol dalam darah.

7. Penyakit tiroid

Hormon tiroid merupakan salah satu jenis hormon metabolisme. Sekiranya kandungannya rendah di dalam darah, ia boleh mengakibatkan pengumpulan lemak dan masalah kolestrol berlaku.

TIPS DAN CARA TURUNKAN KOLESTROL TANPA UBAT

Kebiasaannya pesakit akan dibekalkan dengan ubat seperti Zocor, Lipitor dan Simvastatin untuk mengawal paras kolestrol dalam darah.

Bagaimanapun pesakit boleh menggunakan alternatif lain untuk mengawal paras kolestrol dengan pengambilan supplemen. Bagi mereka yang berada di bawah pengawasan doktor, pengambilan supplemen boleh di ambil bersama ubat yang dicadangkan oleh doktor sehinggalah paras kolestrol mereka menurun. Pada masa ini bolehlah dikawal berterusan dengan supplemen sahaja.


VITAMIN E

Pengambilan Vitamin E sebanyak 400IU setiap hari dapat meningkatkan paras kolestrol baik (HDL) dalam darah. Vitamin E juga dapat mencegah kolestrol jahat (LDL) daripada dioksidakan yang menyebabkan berlakunya artherosklerosis pada dinding salur darah.

VITAMIN C

Pengambilan Vitamin C setiap hari juga dapat meningkatkan paras kolestrol bail (LDL) dalam darah.

BAWANG PUTIH

Pengambilan bawang putih asli sebanyak 7 ulas sehari dapat membantu menurunkan paras kolestrol di dalam darah.

MINYAK IKAN OMEGA-3

Individu yang mengamalkan minyak ikan sebanyak 1000mh setiap hari dapat menurunkan paras kolestrol jahat (LDL) dan meningkatkan paras kolestrol baik HDL di dalam darah.

ELAKKAN KOPI TANPA KAFEIN

Kopi tanpa kafein mempunyai keupayaan untuk meningkatkan paras kolestrol berbanding kopi yang berkafein.

DIET SEDIKIT TAPI KERAP

Prof Dr David Jenkins (University of Toronto) dalam kajiannya menyatakan rembesan insulin boleh meningkatkan aktiviti sejenis enzim yang boleh merangsang sintesis kolestrol di dalam hati.

Beliau tidak menggalakkan seseorang itu mengamalkan diet berat pada satu masa kerana ia akan meningkatkan rembesan insulin yang banyak. Diet sedikit tetapi kerap adalah lebih baik kerana ia mencegah kenaikan insulin secara mendadak.

DIET TINGGI PEKTIN

Pengambilan diet tinggi pektin iaitu fiber yang banyak terkandung di dalam buah-buahan dan sayuran dapat mengikat kolestrol dan merencat penyerapannya melalui usus ke darah.  Buah-buahan yang mengandungi pektin yang tinggi adalah buah anggur. Selain itu sayur kacang, kacang soya dan lobak merah juga mempunyai kandungan Pektin yangh tinggi.



Cara cepat menurunkan kolesterol

SUPPLEMEN UNTUK TURUNKAN KOLESTROL

Pengambilan supplemen Shaklee yang sesuai untuk masalah kolestrol tinggi ini juga sesuai diamalkan.

Antara SUPPLEMEN SHAKLEE yang DICADANGKAN adalah

✔ VITAMIN E
✔ VITAMIN C
✔ GARLIC COMPLEX
✔ OMEGAGUARD
✔ ENERGIZING SOY PROTEIN
✔ PHYTOCOL-ST
✔ VIVIX SHAKLEE



ubat kolestrol





BERMINAT?

INGIN DAFTAR MEMBERSHIP?

BOLEH HUBUNGI SEPERTI DI BAWAH

👇👇👇👇




Untuk Order dan Konsultasi :

Yuzaine Samilan 

0192648121 
SID: 865477 
ig: @beautifulsyrup 
fb: Yuzaine Samilan
fbpage: Rahsia Keluarga Sihat

Popular posts from this blog

Khasiat Vitamin C Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Betulke Supplement Shaklee Berbeza dengan Supplement Lain di pasaran

Makanan Terbaik Untuk Jantung Yang Sihat