Tips Pemakanan Kanak-kanak

Dah jadi ibu bapa ni kadang-kadang risau kan corak pemakanan anak-anak kita. Biasalah, kita semua nak yang terbaik untuk anak-anak kita. Tapi kadang-kadang terlalai bila 'terbawa' anak-anak ke restoran 'fast food'. 

Kebanyakan tips pemakanan semua betul-betul jaga pemakanan anak-anak yang akak tak boleh nak follow. Tapi Alhamdulillah bila jumpa dengan blog jomtadika.com ,  akak rasa dia sangat sesuai dengan rutian harian akak.

10 Tips Pemakanan Kanak-kanak 

pyramid makanan

1. Ibu bapa mengawal garis panduan.

Makanan, lauk pauk, jajan semua kita yang beli. Bukan anak-anak. Ada masa anak-anak memilih untuk makan makanan yang diproses seperti nugget, sosej, ayam drumstick. Tak salah beli tapi ada had.

Saya sendiri beli untuk anak-anak. Tapi saya jarang masakkan untuk mereka. Hanya pada hari cuti. Itupun dengan bertanya pada anak-anak samada mereka mahu atau tidak. Kebanyakan jawapan adalah 'TIDAK'. Kadang-kadang kita yang goreng sendiri. 

Anak-anak hanya makan apa yang ada dalam peti dan almari. Banyak jajan yang disediakan banyaklah mereka makan. Bab jajan saya memang jarang beli. Kebanyakannya adalah hadiah dari orang terutama apabila dapat hamper di bulan raya. Tetapi anak-anak pun macam tau makanan tersebut tidak bagus kerana mereka jarang minta untuk dibuka dan kebiasaanya akan luput begitu sahaja.

Dan jika dibuka pun mereka makan sedikit selebihnya dibuang.

2. Daripada Makanan Yang Anda Tawarkan, Anak-Anak Boleh Memilih Apa Yang Mereka Akan Makan Atau Makan Semua Sekali


Masakan mestilah terdiri dari piramid makanan. Masaklah sayur walaupun anak tidak makan. Masaklah ikan walaupun anak suka ayam dan daging. Hidangkan juga. Siapa sangka masakan anda nanti akan jadi pilihan makanan mereka. Jangan hadkan masakan mengikut selera anak. Pelbagaikan masakan supaya mereka boleh memilih.

3. Hentikan “Clean-Plate Club”

Berilah anak makan seadanya. Jangan paksa mereka untuk habiskan makanan. Jangan paksa mereka untuk makan dengan cepat. Berikan mereka ruang untuk menikmati makanan. Dan cuba cerita kebaikan untuk setiap makanan yang ada. Contoh makan carrot nanti mata sihat.


4. Mula Ketika Mereka Masih Kecil

Mulakan semenjak mereka kecil lagi. Jangan paksa mereka untuk makan tetapi cukup sekadar mereka rasa. Sekiranya anak ingin makan sendiri biarkan. Ia melatih anak untuk merasai tekstur makanan yang mereka suka dan perasaan seronok untuk makan.

5. Tulis Semula Menu Kanak-Kanak

Biarkan anak-anak membuat pilihan makanan semasa makan diluar. Berikan menu bergambar sekiranya ada. Jangan sekat pilihan anak. Anda akan terkejut apabila anak anda mula menunjukkan makanan baru selain nugget dan sosej.

6. Kurangkan Minum Minuman Yang Berkalori

Soda dan minuman manis lain menambah kalori tambahan dan harus dielakkan. Air dan susu adalah minuman yang terbaik untuk kanak-kanak. Jus juga baik tetapi kanak-kanak tidak perlu minum terlalu banyak. 4 hingga 6 auns sehari adalah mencukupi untuk kanak-kanak prasekolah.

7.  Berikan Mereka Sedikit Gula-Gula

Gula-gula adakalanya bagus untuk kanak-kanak. Tetapi jangan jadikan gula-gula sebagai pencuci mulut selepas makan malam. Apabila pencuci mulut adalah hadiah untuk makan malam, anak-anak secara semula jadi meletakkan lebih pada makanan manis daripada sayuran. Cuba kekal neutral mengenai makanan.

8. Makanan Bukan Menunjukkan Kasih Sayang

Kasih sayang tidak boleh ditunjukkan melalui makanan. Ini menimbulkan perasaan iri sekiranya terdapat saingan antara adik beradik. Buatlah perbandingan dengan orang luar seperti mereka yang berada dalam kesusahan untuk mendapatkan sesuap nasi. Anak-anak akan tersentuh dengan perkara tersebut.

9.  Kanak-Kanak Buat Apa Yang Ibu Bapa buat

Ibu Bapa harus menjadi contoh dan makan makanan yang sihat untuk diri sendiri. Ibu bapa harus cuba untuk mengajar tabiat makan yang baik, cuba untuk menjadi contoh yang terbaik kepada anak-anak. Pilih snek yang berkhasiat, makan di meja, dan tidak melangkau waktu makan.


10. Hadkan Waktu Bermain Komputer Dan Menonton Televisyen

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengurangkan menonton TV juga akan mengurangkan peratusan lemak badan mereka. Apabila TV dan waktu computer terhad, mereka akan mencari perkara-perkara yang lebih aktif untuk dilakukan.


TINGKATKAN KESIHATAN ANAK ANDA DENGAN MEALSHAKE SHAKLEE

Mealshake adalah multivitamin yang sangat bagus, berkesan dan selamat untuk anak-anak. Ia boleh diberikan seawal usia mereka satu tahun. Ia membantu meningkatkan kesihatan dan tumbesaran anak-anak.

7 sebab kenapa anak anda perlu diberi Mealshake

1. Mealshake membantu meningkatkan selera makan anak
2. Mealshake membantu meningkatkan sistem imuniti anak menjadikan anak jarang demam.
3. Mealshake membantu mengurangkan masalah sembelit anak dan melancarkan sistem pencernaan
4. Mealshake mengurangkan masalah eczema dan alergi kulit
5. Mealshake membantu mengurangkan asma
6. Mealshake membantu memberi tenaga dan membantu tumbesaran
7. Mealshake membantu memudarkan parut chicken pox dan sebagainya.


TESTIMONI MEALSHAKE UNTUK KANAK-KANAK

testimoni mealshakes shaklee

testimoni mealshakes shaklee

testimoni mealshakes shaklee

Popular posts from this blog

Khasiat Vitamin C Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Betulke Supplement Shaklee Berbeza dengan Supplement Lain di pasaran

Makanan Terbaik Untuk Jantung Yang Sihat