PETUA UNTUK BADAN KEKAL LANGSING

Anda sedar atau tidak, Obesiti menjadi punca kepada banyak penyakit.  Statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO) melaporkan 29%  kaum dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan manakala 14% lagi mencapai tahap obesiti pada tahun 2006.

Masalah obesiti menyebabkan kesihatan mereka yang menghidapinya terganggu dan berada di paras tidak sihat.



Disebabkan oleh faktor di atas kementerian kesihatan menyeru semua rakyat untuk menjaga pemakanan bermula dari kanak-kanak lagi.

Pada tahun 2012, Pengarah Eksekutif Institut National Diabetis Malaysia melaporkan 16.8 juta rakyat Malaysia mengalami obesiti akibat pemakanan yang tidak seimbang.





Di sini saya kongsikan beberap tips yang dapat kita sama-sama amalkan untuk mengelakkan obesiti. Malah ia juga sangat membantu untuk mendapat berat yang ideal dan badan kekal langsing.

PETUA UNTUK BADAN KEKAL LANGSING


1. Mengunyah makanan lebih dari biasa. Sunnah Rasullullah pun suruh kita kunyah sehingga 44 kali. Ia dapat membantu makanan hancur lumat dan proses penghadaman menjadi lebih mudah. Ia juga akan membuat kita lebih cepat kenyang lantas mengurangkan pengambilan makanan. 

2. Kurangkan makanan yang tidak sihat seperti makanan tinggi lemak, mengandungi kandungan gula yang tinggi dan makanan berminyak. Contoh: Air bikarbonat, kuih muih, makanan ringan,

3. Ambil nasi dalam kuantiti yang sedikit. Sekiranya lapar jadikan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai snek anda.

4. Elakkan makan pada lewat malam. Sebaiknya kosongkan perut 3 jam sebelum tidur. Makanan mengambil masa untuk dihadam. Tidur selepas makan akan melambatkan proses penghadaman. Organ pencernaan akan bekerja keras dan ia juga dapat meningkatkan risiko strok.

5. Sekiranya terbangun semasa tidur akibat lapar, cukuplah sekadar minum air kosong ataupun makan sebiji epal atau pisang.

6. Jangan sekat waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Ia hanya menurunkan metabolisme anda. Sebaiknya makanlah 5-7 hidangan sehari dengan kuantiti yang sedikit dan menu yang sihat.

7. Cuba kawal nafsu anda. Lakukan langkah 6 sedikit demi sedikit dan anda akan perasan perut anda semakin kecil di mana anda hanya dapat menampung kuantiti makanan yang sedikit dalam satu masa.

8. Sekiranya anda gagal mengawal selera anda, boleh gantikan ia dengan 'protein Shake'. Boleh ambil 2 kali di antara waktu sarapan dan makan tengahari dan waktu tengahari dan waktu malam.

9. Pil diet akan mempercepatkan proses menurunkan berat badan tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.

10. Latih diri anda untuk meningkatkan aktiviti fizikal.  Berjalan sekurang-kurangnya 400meter sehari dapat membantu anda membakar lebih banyak kalori. 

11.  Buat senaman push up  dan sit up sebaik anda bangun tidur pada waktu pagi dan petang. Sebaiknya sebanyk 20 kali setiap senaman. Tambahkan jumlah senaman anda sedikit demi sedikit setiap hari. Ia mampu membantu menurunkan berat badan anda.

Supplemen Untuk Kekal Langsing

Pengambilan supplemen juga dapat membantu anda untuk kekal langsing. Penurunan berat badan yang mendadak menjadikan badan anda menggeleber dan tidak pejal.

Pengambilan Protein Cinch Shake dapat membantu memberikan kepejalan otot agar penampilan anda nampak lebih meyakinkan. Protein sangat penting untuk memelihara otot semasa proses penurunan berat berlaku. 

Pengambilan Cinch Shake dibantu dengan medium seperti Lecithin/Omega Guard sangat sesuai dalam membantu memecahkan lemak dan mempercepatkan proses mencapai berat badan ideal. 



Untuk Order dan Konsultasi

Yuzaine Samilan 
0192648121 
SID: 865477 
ig: @beautifulsyrup 
fb: Yuzaine Samilan
fbpage: Rahsia Keluarga Sihat

Popular posts from this blog

Khasiat Vitamin C Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Betulke Supplement Shaklee Berbeza dengan Supplement Lain di pasaran

Makanan Terbaik Untuk Jantung Yang Sihat