Kaitan Antara Otot dan Kurus

SEMAKIN BANYAK OTOT SEMAKIN TINGGI KADAR METABOLISM


SEMAKIN TINGGI KADAR METABOLISM, SEMAKIN CEPAT LEMAK DIBAKAR


SEMAKIN CEPAT LEMAK DIBAKAR, SEMAKIN CEPAT PENURUNAN BERAT BADAN


> OTOT ➡ >METABOLISM ➡>PEMBAKARAN LEMAK ➡>PENURUNAN BERAT

Pernah lihat seseorang yang kurus tetapi badan menggeleber?
Pernah lihat badan kurus tetapi lemak membojol?




KAITAN ANTARA OTOT DAN KURUS

Penurunan berat badan berkait rapat dengan keupayaan metabolisma dalam menurunkan berat badan. Dan metabolisma pula sangat bergantung kepada jumlah otot dalam tubuh manusia.

Ramai yang tidak tahu peranan otot dalam meningkatkan metabolisma badan. Ada terjadi di mana seseorang yang mengambil makanan tambahan seperti protein mulai merasai pertambahan berat badan walaupun ukuran inci badan semakin berkurangan. Ini disebabkan oleh otot yang diperlukan untuk metabolisma badan mula terbentuk.

Metabolisma adalah jumlah tenaga ataupun kalori yang dibakar oleh tubuh bagi mengekalkan fungsi-fungsi asas tubuh. Sebenarnya, tubuh anda sentiasa membakar kalori secara berterusan tanpa mengira aktiviti yang anda lakukan. Dalam kata mudah, ia merupakan pengawal atau pengurus minyak yang membekalkan tenaga.

Haruslah diketahui bahawa metabolisma bagi setiap individu adalah berbeza bergantung kepada komposisi tubuh. Komposisi tubuh yang dimaksudkan adala jumlah otot dan jumlah lemak dalam tubuh. Tisu otot membakar dan menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding lemak.

Individu yang mempunyai jumlah tisu otot yang banyak mepunyai kadar metabolisma yang lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai jumlah lemak yang banyak.

Bagaimanapun kadar metabolisma dalam tubuh boleh berubah. Bagi mereka yang dalam proses menurunkan berat badan atau ingin mendapatkan kecergasan yang optimum, meningkatkan metabolisma dapat membantu proses tersebut menjadi lebih cepat.


10 Tips Cepatkan Metabolism Badan

1. Minum air secukupnya.
2. Amalkan supplemen kalsium.
3. Tidur yang cukup sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari.
4. Jangan stress.
5. Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme tubuh.
6. Makan snek yang tinggi fiber dan protein seperti buah-buahan.
7. Lakukan senaman menggunakan pemberat.
8. Amalkan supplemen vitamin C untuk kecergasan.
9. Amalan makanan pedas mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas memakannya.
10. Minum teh hijau atau teh oolong.

Sumber: Kevin Zahri


Cinch Shake Shaklee bantu anda menaikkan kadar metabolisme



Untuk sebarang order dan konsultasi:

Yuzaine Samilan 
0192648121 
SID: 865477 
ig: @beautifulsyrup 
fb: Yuzaine Samilan
fbpage: Rahsia Keluarga Sihat



Popular posts from this blog

Khasiat Vitamin C Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Betulke Supplement Shaklee Berbeza dengan Supplement Lain di pasaran

Makanan Terbaik Untuk Jantung Yang Sihat