Keistimewaan dan Kelebihan Vitamin C Shaklee

Perasan tak, sebenarnya ramai orang sekeliling kita mengamalkan vitamin C. Tujuan untuk cantik mahupun untuk sistem imun badan. Ada yang ambil vitamin c berbentuk kapsul, dari pemakanan harian, mahupun suntikan.

Ramai yang sedar kebaikan vitamin C tetapi ramai yang masih tak sedar pemilihan Vitamin C yang terbaik.

Saya pilih Vitamin C Shaklee kerana ia mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang  tersendiri.
Pertama sekali saya suka bila saya dapat detect saya tak mudah kena sunburn walau saya mandi pantai pukul 1 petang saat matahari terik atas kepala.

Apa lagi keistimewaan dan kelebihan Vitamin C Shaklee?




Vitamin C Shaklee adalah Sustained Release Vitamin C.


Tubuh akan kehilangan vitamin c ketika melakukan sebarang aktiviti harian. Sustained Release bermaksud pelepasan secara berperingkat. Ini bermakna vitamin C Shaklee membantu dalam menyalurkan vitamin c ke seluruh tubuh badan secara berterusan. Ia menyediakan vitamin yang cukup untuk keperluan tubuh selain membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Semua orang tahu Vitamin C sangat bermanfaat pada kesihatan kulit. Malah Vitamin C juga sangat popular dalam kehebatannya untuk memberikan kulit yang sihat, cantik dan licin.


✍ Vitamin C pertama yang SEMULAJADI  dan bertindak secara ' Sustained Release' atau dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan bagi membolehkan vitamin C sentiasa diserap di dalam badan.


✍ Dilepaskan secara perlahan-lahan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet di dalam badan.

✍ Didatangkan bersama bioflavonoid iaitu bahan penting yang membantu penyerapan vitamin C dengan lebih optimum. Tiada pembaziran berlaku kerana semua Vitamin C digunakan dan dilepaskan dalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan.


Bagaimana Vitamin C memainkan peranannya dalam kesihatan dan kecantikan kulit?


🍊 membantu pembentukan kolagen iaitu protein penting yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur penting dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Kolagen bersifat pelekat. Oleh itu mereka yang konsisten mengamalkan kolagen dan vitamin c akan mendapati kulit lebih licin, tegang dan cantik. Luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu yang kuat.

🍊 Vitamin C berfungsi menjaga saluran darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu metabolisme kolestrol (pembentukan asi hempedu penting dalam proses pemecahan lemak). Mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat.

🍊 Agen detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengna lebih mudah. Perokok perlu menjadikan Vitamin C sebagai supplemen penting kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang daripada mengalami kerosakan teruk.

🍊 Vitamin C berperanan dalam pengeluaran hormon antistress dan interferon. Tekanan boleh memusnahkan vitamin C. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan sistem imun menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

🍊 Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Mereka yang sering mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C.  Vitamin C umpama gam yang melekatkan sel-sel agar tisu badan tidak mudah koyak atau terluka.  Mereka yang sakit disarankan mengambil Vitamin C pada dos tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

🍊 Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran 5 kali sehari. Kekurangan masa dan tekanan hidup menyebabkan Vitamin C tidak dapat diambil dan diserap secara optimum oleh badan. Malah ia keluar lebih banyak melalui air kencing. Dos yang dicadangkan bagi pengambilan Vitamin C sehari adalah 500mg bersamaan 7 setengah biji oren.

Manfaat Lain Vitamin C

🍊 Peningkatan sistem imun- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, peningkatan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

🍊 Memerangi kanser - Antioksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.

🍊  Mencantikkan kulit -  Pengambilan vitamin C setiap hari akan membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

🍊 Memperbaiki Insomnia -  Vitamin C dapat memperbaiki insomnia, tekanan dan masalah mental seperti keresahan dan kemurungan.

🍊  Mengekalkan kolestrol Sihat - Ia mampu mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.


Lagi Kelebihan Vitamin C Shaklee

☑ Baik untuk imunisasi dan daya tahan badan.
☑ Mengurangkan simptom demam
☑ Mengatasi masalah jerawat degil
☑ Mengatasi masalah jerawat pasir
☑ Membantu kulit sensitif seperti eczema, resdung
☑ Membantu penghasilan kolagen dalam tubuh
☑ mengurangkan kesan sunburn
☑ Menjadikan kulit lebih gebu
☑ Melembapkan kulit dari dalam
☑ Mengurangkan kedutan dan tanda penuaan
☑ Tona kulit lebih sekata
☑ Mengurangkan kedutan dan tanda penuaan
☑ Mengurangkan penyakit selsema
☑ Melindungi badan dari radikal bebas
☑ Menggantikan tisu yang rosak
☑ Menyembuhkan luka dengan cepat
☑ Mengawal tekanan darah
☑ Memastikan saluran darah mengembang dengan baik
☑ Mengurangkan kadar plumbum dalam darah 
☑ Mencerahkan kulit secara semulajadi
☑ Membantu kulit kelihatan  lebih muda
☑ Merendahkan paras insulin
☑ Mengimbangi sistem dalam badan
☑ Membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan
☑ Menghalang dan mengurangkan risiko terkena serangan jantung
☑ Mengawal komplikasi diabetis
☑ Mengawal kelemumur
☑ Meningkatkan pertumbuhan rambut
☑ Mengurangkan keguguran rambut
☑ Memberikan rambut yang lebat
☑ Melambatkan pengeluaran uban

Pengambilan Vitamin C secara konsisten dapat memberikan kelebihan-kelebihan seperti di atas. 

Dengan hanya sebiji Vitamin C anda dapat menikmati bersamaan dengan 7 biji setengah buah oren.

Vitamin C Shaklee di datangkan dengan 180 kapsul sebotol dan menjadikan ianya mampu bertahan semaksima 6 bulan.


FAVORITE VITAMIN C


Untuk Order Sila Hubungi:

Yuzaine Samilan 
0192648121 
SID: 865477 
ig: @beautifulsyrup 
fb: Yuzaine Samilan
fbpage: Rahsia Keluarga Sihat

Popular posts from this blog

Khasiat Vitamin C Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Betulke Supplement Shaklee Berbeza dengan Supplement Lain di pasaran

Makanan Terbaik Untuk Jantung Yang Sihat