Supplemen Atau Vitamin Untuk Ibu Hamil

Setiap ibu hamil akan dibekalkan dengan supplemen atau vitamin pada lawatan kehamilan mereka tidak kira lawatan pemeriksaan di klinik kerajaan mahupun swasta.

Permasalahannya, ramai ibu tertanya-tanya apakah faedah pengambilan supplemen tesebut dan adakah ia selamat dan tidak memberi kesan kepada ibu hamil?

Ramai ibu hamil keliru mengenai pengambilan vitamin yang perlu diambil sepanjang melalui fasa kehamilan. Pelbagai produk di pasaran menjadikan mereka bertambah keliru yang manakah baik untuk mereka amalkan demi kesihatan bayi dalam kandungan.



Sebenarnya pengambilan supplemen semasa kehamilan memang sangt digalakkan. Ia dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hami, kelahiran pramatang dan juga kekurangan berat badan bayi.  Supplemen dapat memberi kekuatan dan juga membantu ibu-ibu untuk mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.

Namun, masih ada ibu yang degil dan tidak mengambil berat akan kepentingan supplemen semasa hamil. Mereka tidak meyedari bahawa mereka sangat memerlukan vitamin dan mineral tambahan kerana vitamin tersebut perlu dikongsikan berdsama bayi di dalam rahim.

Berikut antara suppleme yag penting untuk ibu hamil:

❶ Iron (zat besi) 
❷ Kalsium
❸ Folic Acid
❹ Omega-3 
❺ Vitamin C

Pengamalan supplemen semasa hamil bukanlan beerti ibu boleh meninggalkan pemakanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak dan juga air.

Mengamalkan supplemen di ibaratkan sebagai mengguna tali pinggang keledar semasa memandu.  Ia tidak menjamin pemandu selamat dari kemalangan jalan raya. Tetapi sekiranya berlaku, tentu kecederaan yang dialami tidak begitu teru.

Begitulah ibaratnya faedah supplemen yang diambil semasa hamil. Ia menolak atau mencegah sebarang risiko yang boleh berlaku semasa hamil.


Bagaimanapun, ibu adalah bertanggungjawab untuk memastikan supplemen yang diambil adalah tidak melebihi dos yang dibenarkan.

Akhir kata, saya mendoakan agar ibu dan bayi sentiasa sihat sepanjang melalui tempoh kehamilan sehingga bayi anda dilahirkan.


Info: dr.zubaidi.com



Yuzaine Samilan
0192648121
SID: 865477
ig: @beautifulsyrup
fb: Yuzaine Samilan

Popular posts from this blog

Khasiat Vitamin C Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Betulke Supplement Shaklee Berbeza dengan Supplement Lain di pasaran

Makanan Terbaik Untuk Jantung Yang Sihat