Perbezaan GMO dengan Non-GMO

Perasan atau tidak, ada sesetengah makanan mempunyai label GMO mahupun Non-GMO.

Kenapa perlu ada label ini?
Adakah ia memberi kesan kepada pemakanan seterusnya kepada kesihatan kita?

Sekiranya anda perasaan hampir kesemua atau boleh dikatakan semua Distributor Shaklee amat menekankan pengambilan soya Non-GMO.

Jadi, apa beza GMO dengan Non-GMO?


Apa itu GMO?


GMO (Genetically Modified Organism) bermaksud organisma yang telah diubahsuai secara genetik. Ia melalui satu proses makmal iaitu dengan mengambil gen dari satu spesis lain dan dimasukkan ke dalam spesis lain bagi mendapatkan ciri-ciri yang dikehendaki.


Bagaimana GMO Terhasil?


Setiap tumbuhan dan haiwan terbina dari sel yang mempunyai pusat dikenali sebagai nukleus. Setiap nukleus mempunyai rentetan DNA. Urutan pendek DNA dipanggil Gen yang beroperasi dalam rangkaian kompleks yang halus dikawal selia bagi membolehkan proses organisma hidup berlaku di tempat dan masa yang betul.

Ilmuan saintis pada asalnya melakukan proses kacukan antara pokok dengan pokok dan haiwan dengan haiwan yang sama jenis. Disebabkan perkembangan teknologi, manusia mula melakukan sesuatu yang membentuk GMO. GMO terhasil apabila genetik haiwan mula dimasukkan ke dalam gen tumbuhan ataupun haiwan yang berlainan jenis.

Contoh: Jurutera Genetik telah memindahkan gen dari bakteria dikenali sebagai Bacillus Thuringiensis (BT)  ke dalam DNA jagung. Pemindahan ini menyebabkan gen BT akan menghasilkan protein yang boleh membunuh serangga dan ia juga menyebabkan jagung itu sendiri menghasilkan racun perosaknya sendiri.

Dengan pengubahsuaian genetik ini menyebabkan sesetengah pokok tahan lasak kepada racun perosak.

Seperti kacang soya, gen diambil dari bakteria Agrobacterium sp. strain CP4 dan dimasukkan ke dalam kacang soya untuk membolehkan mereka tahan racun herba. Petani akan lebih mudah menyembur racun perosak pada tumbuhan bagi membunuh serangga perosak tanaman.

Kesan GMO ke atas manusia

Pengambilan GMO tidak dapat dilihat dalam jangkamasa pendek. Bagaimanapun ia bakal mengundang pelbagai komplikasi kesihatan untuk jangkamasa panjang.

Antara kesan pengambilan GMO:

⚠ Risiko alahan terhadap protein yang telah dimasukkan ke dalam produk GMO

        ❗ terdapat produk yang telah diubahsuai genetiknya dengan menambah protein kekacang
           lain ke dalam soya.
        ❗ pengguna yang alah tehadap jenis kekacang tersebut mungkin memberi reaksi alahan 
          yang boleh membawa maut setelah mengambil kacang soya

⚠ Peningkatan risiko kanser
        ❗  terdapat produk tenusu yang dihasilkan daripada lembu tenusu yang telah disuntik 
            growth hormone  untuk menghasilkan lebih banyak susu dari biasa.
        ❗  hormon tersebut boleh diserap oleh badan manusia dan menyebabkan peningkatan 
            risiko kanser payudara dan kanser prostat.

⚠ Mengurangkankandungan nutrisi akibat daripada pengubahsuaian genetik

⚠ Badan yang tahan kepada antibiotik


Adakah GMO Selamat?

 Negara-negara paling maju tidak mengangap GMO selamat. Lebih daripada 60 buah negara termasuk Australia, Jepun dan negara-negara Kesatuan Eropah mengharamkan pengeluaran dan penjualan produk GMO.




PENEMUAN  KEBURUKAN GMO
  • Genetically Modified (GM) jagung menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang pada tikus. Kajian dijalankan oleh saintis Perancis dan dietrbitkan dalam Archieves of Environmental Contamination and Toxicology mendapati gejala keracunan hati dan kerosakan buah pinggan dalam tikus yang diberi makan jagung GM.
  • GM soya meningkatkan peratus kematian pada tikus, dan mengurangkan kesuburan pada hamster. Satu kajian 2006 yang dijalankan oleh Irina Ermikova dari Russian National Academy of Sciences mendapati bahawa lebih separuh daripada bayi tikus yang memakan GM soya mati dalam tempoh 3 minggu. Dalam kajian lain oleh saintis Russian mendapati bahawa hamster yang makan soya GM telah kehilangan keupayaan untuk membiak sehingga generasi ketiga. Ia juga mengalamipertumbuhan yang lebih perlahan dan kematian lebih tinggi.
  • Tragedi Trytophan - Satu bentuk kejuruteraan genetik makanan tambahan L-tryptophan bertanggungjawab atas kematian 37 orang dan melumpuhkan beberapa ribu lagi pada tahun 1989.
  • GM kentang juga membahayakan tikus. Pada akhir 1990-an, Arpad Pusztai, Ph.D seorang ahli biologi molekul menjalankan kajian pada kentang yang diubahsuai secara genetik oleh Institut Penyelidikan Rowett di Scotland. Kajian Pusztai  dengan memberi makan tikus kentang GM mendapati ia telah merosakkan usus, organ-organ lain dan sistem imun haiwan tersebut.
sumber: http://www.non-gmoreport.com/whatisnin-gmo.php


Apa pula Non-GMO?

Non-GMO merupakan organisma yang tidak diubahsuai secara genetik. Ia membesar secara semulajadi tanpa melalui sebarang perubahan gen.

Kelebihan ESP atau soya Shaklee

ESP telah diiktiraf seluruh dunia. Ia melalui proses ujian klinikal yang sangan ektensif dan komprehensif malahan memiliki kualiti protein yang tinggi dalam penghasilannya. ESP diproses pada kadar suhu yang rendah bagi menjamin kualiti protein di dalamnya. Setiap 850g  (1 tin ESP) dihasilkan oleh 30kg kacang soya dan ia membekalkan sumber tenaga segera yang boleh bertahan lama.

ESP Shaklee merupakan satu-satunya produk di pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.  Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. ESP sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Manakala Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39 menjadikan ianya sangat sesuai untuk penghidap kencing manis.






Untuk Order Sila Hubungi:

Yuzaine Samilan
0192648121
SID: 865477
ig: @beautifulsyrup
fb: Yuzaine Samilan

Popular posts from this blog

Khasiat Vitamin C Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Betulke Supplement Shaklee Berbeza dengan Supplement Lain di pasaran

Makanan Terbaik Untuk Jantung Yang Sihat