Mabuk, Loya dan Muntah Ketika Hamil

Setiap perkhabaran mengenai kandungan memberi perkhabaran gembira buat insan bergelar ibu. Namun bagi sesetengah bakal ibu tidak menjangkakan akan sesuatu yang bakal berlaku.

Ya, mabuk, loya dan muntah ketika hamil perkara paling ditakuti bagi sesetengah ibu. Bagi mereka yang mengalamai alahan teruk, sakit dan luka bersalin masih boleh di atasi berbanding mabuk ketika hamil. Ini kerana tempoh tesebut perlu di lalui dalam jangkamasa yang lama.

Sekiranya ibu bernasib baik, hanya perlu melalui dalam tempoh seminggu, atau 3 bulan .

Tapi bagi yang tidak bernasib baik mungkin perlu melaluinya dalam tempoh 9 bulan (minta dijauhkan).




Tahap kemabukan ibu semasa hamil adalah berbeza-beza. Ibu mungkin mendapat serangan mual ringan saat mula-mula bangun. Ada juga yang mendapati bau-bauan tertentu membuatkan mereka rasa mual.  Ia juga boleh berlaku pada waktu pagi, tengahari mahupun malam.  Sesetengah mereka mendapati agak sukar untuk bekerja, memasak, mahupun menjaga anak.

Mabuk hamil juga adalah petanda baik di mana hormon kehamilan berada pada tahap yang tinggi dan juga petanda bayi di dalam rahim berada dalam keadaan sihat.

Punca sebenar mabuk hamil tidak diketahui. Tetapi pakar mengaitkan ia dengan hormon chorionic gonadotrophin (HCG) dan estrogen.  Hormon thyroxine  juga mungkin memberikan peranan.

Di antara penyebab biasa mabuk hamil adalah:

Mengandung kembar:
--------------------------------
🌻tahap hormon kehamilan anda lebih tinggi berkemungkinan mabuk adalah lebih teruk berbanding mengandung satu.

Selalu mengalami mabuk perjalanan:
----------------------------------------------
🌻Berkemungkinan mengalami mabuk ketika hamil kerana ia berkaitan dengan kecelaruan dalam mekanisme keseimbangan dalam telinga anda.

Mengalami jangkitan gastro-intestin:
---------------------------------------------
🌻ia disebabkan oleh bakteria helicobacter pylori yang menyebabkan sakit perut, ulser dan refluks asid. Ia boleh dikenalpasti dengan ujian najis atau ujian darah. Mudah dirawat menggunakan antibiotik dan selamat digunakan semasa hambil.

Letih dan lapar:
------------------
🌻Loya akan menjadi lebih teruk

Perlindungan
------------------
🌻satu teori menyatakan bahawa peningkatan deria bau dan loya ialah satu kaedah perlindungan. Ia membuatkan anda kurang berkemungkinan mendedahkan diri kepada sesuatu yang tidak selamat diambil semasa hamil.

Bantuan pemakanan seperti halia atau acupressure mungkin membantu ibu menangani mabuk ketika hamil dengan lebih baik. Pengambilan supplemen juga sangat membantu agar anda kembali bertenaga dan mengurangkan kemabukan semasa hamil.


Yuzaine Samilan
0192648121
SID: 865477
ig: @beautifulsyrup
fb: Yuzaine Samilan

Popular posts from this blog

Khasiat Vitamin C Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Betulke Supplement Shaklee Berbeza dengan Supplement Lain di pasaran

Makanan Terbaik Untuk Jantung Yang Sihat